Pages

20 August 2010

Pulut seri kaya bakar

Bahan-bahan:
Bahan-bahan lapisan bawah:
2 cawan beras pulut
2 cawan santan
garam secukup rasa

Bahan-bahan lapisan atas:
5 biji telur ayam
1 1/4 cawan santan pekat
1/2 cawan gula pasir
2 sudu besar tepung gandum
1 cawan air daun pandan
secubit garam

cara:


  • untuk lapisan atas, bersihkan pulut dan rendamkan beberapa jam atau semalaman
  • kemudian toskan
  • masukkan ke dalam loyang bersama santan serta garam dan kukuskan sehingga masak lebih kurang 30 min
  • kemudian tekan pulut yang sudah dimasak di dalam loyang sehingga padat dan ketepikan
  • untuk lapisan bawah, campurkan kesemua bahan ke dalam pengisar
  • kemudian kisarkan sehingga semuanya sebati atau boleh juga dimasukkan di dalam mangkuk dan dikacau sehingga sebati
  • tapiskan dan tuangkan ke atas pulut tadi
  • kukus sekali lagi sehingga lapisan atas masak
  • kemudian bakar di dalam oven dengan menggunakan api atas sahaja (grill) selama 3-5 min atau keperangan (kepanasan suhu oven bergantung pada jenis oven masing-masing)
  • bila sudah siap biarkan sejuk barulah dipotong dan dihidangkan

source: majalah saji (cara telah diubah sedikit mengikut cara sendiri)

1 comments:

diana said...

hallamak..
sedap nye pulut dia yang bawah tu..

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin