Pages

26 August 2010

Banana chocolate moist cake

Bahan-bahan:
2 biji telur - saiz B
1 1/2 cawan gula kastor
2 cawan tepung gandum
1 cawan minyak masak
1/2 cawan serbuk koko
1 1/2 camt soda bikarbonat
1 camt baking powder
1 1/2 cawan susu cair
3/4 cawan pisang emas yang telah dilenyek
1/2 camt esen pisang/esen vanila

cara:

  • ayakkan tepung dengan soda bikarbonat, baking powder, serbuk koko dan ketepikan
  • pukulkan telur sehingga kembang selama 2 min
  • kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit sambil dipukul lagi sehingga gebu dan kembang
  • masukkan minyak masak dan pukul lagi sehingga sebati
  • kemudian masukkan campuran tepung, pisang dan susu secara berselang-seli sebanyak 3 kali sehingga habis sambil dipukul sehingga sebati
  • masukkan pula esen pisang atau esen vanilla dan pukul sebati
  • tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah digriskan terlebih dahulu
  • bakar pada suhu 160C selama 1 jam atau sehingga masak

note: resepi asal dari chocolate moist cake, chef asma

source: jurnal resepibdaria

2 comments:

ohoeya858.blogspot.com said...

asal nama nyerr 'kek' memang sedapp.. walau kek kosong.. apatah lagi yang cmni.. tapi kita tak pandai buat kui3..

noreen said...

salam - kek nie mudah nak buat cubalah lagipun tak muak makan n once dah start makan non-stop

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin