Pages

7 August 2010

Nasi ayam Ipoh

Bahan-bahan:
Bahan2 untuk nasi:
4 cawan beras - dicuci bersih dan ditoskan
4 1/2 cawan atau secukupnya air rebusan ayam
2 inci halia - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
3 helai batang daun bawang - ambil bahagian bawah sahaja termasuk buahnya dan dihiris
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar sos tiram
2 helai daun pandan - disimpulkan
4 sudu besar mentega

bahan2 untuk sup:
air rebusan ayam secukupnya
4 ulas bawang putih - diketuk
3 inci halia - dihiris
3 helai batang bawang - dihiris
1 biji sengkuang - dipotong dadu
1 sudu besar serbuk lada sulah
1 paket sup bunjut - tuan rumah tambahkan
1 kiub stok maggi kiub - tuan umah tambahkan

bahan2 untuk ayam:
1 ekor ayam - dipotong ikut suka
3 ulas bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
3 sudu besar kicap lemak manis
2 sudu sos tiram
1 sudu besar madu

bahan2 untuk kuah cili:
10-15 biji cili padi - kepedasan ikut selera masing2
6 biji cili merah
sedikit halia - boleh diambil dari air rebusan
5-6 ulas bawang putih
1 biji limau kasturi/nipis - ambil jus
sedikit air rebusan ayam
garam dan gula secukupnya

bahan2 untuk kuah kicap:
5 biji cili padi
sedikit halia - boleh diambil dari air rebusan
4-5 ulas bawang putih
kicap secukupnya
air rebusan ayam

bahan2 sampingan:
timun
buah tomato
daun salad

cara:
  • cara untuk membuat air rebusan ayam: masukkan halia, bawang putih dari bahan2 untuk sup dan air secukupnya ke dalam mangkuk yang besar
  • masakkan sehingga kuah mendidih
  • kemudian masukkan pula ayam dan biarkan ayam masak masak lebih kurang 20 min
  • selepas itu padamkan api
  • keluarkan ayam dan toskan sehingga kering
  • cara untuk membuat ayam: masukkan semua bahan ke dalam mangkuk yang besar dan gaulkan rata
  • kemudian tuangkan ke dalam freezer bag
  • masukkan pula dan gaulkan rata
  • perapkan selama 1/2 jam atau lebih
  • selepas itu bolehlah digorengkan sehingga garing atau dibakar di dalam oven
  • cara untuk memasak nasi: cairkan mentega di dalam periuk
  • masukkan bahan2 kisar dan biarkan sehingga wangi
  • kemudian masukkan batang daun bawang, daun pandan dan kacaukan rata sehingga sedikit layu
  • masukkan pula sos tiram, minyak bijan dan kacaukan sebentar
  • akhir sekali masukkan beras, air rebusan ayam dan garam secukupnya
  • gaulkan rata
  • selepas itu bolehlah dialihkan ke dalam rice cooker dan masaklah seperti menanak nasi biasa
  • cara untuk membuat kuah sup: panaskan semula lebihan air rebusan ayam
  • masukkan sup bunjut, kiub maggi ayam dan kacaukan rata
  • biarkan sehingga kuah mendidih dan padamkan api
  • taburkan bawang goreng dan daun sup apabila hendak menghidangkan
  • cara untuk membuat kuah cili: kisarkan semua bahan sehingga halus
  • cara untuk membuat kuah kicap: kisarkan semua bahan sehingga halus dan masakkan di dalam periuk sehingga sedikit pekat
  • hidangkan nasi ayam tadi bersama bahan2 sampingan, kuah sup, kuah cili dan kuah kicap

source: Q, myr (diubahkan sedikit)

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin