Pages

19 August 2010

Roti john


Bahan-bahan:
2-3 biji roti perancis yang kecil
200gm daging cincang
5-6 biji telur
2 labu bawang besar - didadu kecil
1 biji cili merah - dihiris halus
1 biji cili hijau - dihiris halus
1 pelepah daun ketumbar - dihiris
sedikit serbuk lada hitam, serbuk lada sulah dan garam

bahan2 sos:
15 tangkai cili kering - dikisar
4 atau 5 sudu makan sos tomato
sedikit cuka - boleh digantikan dengan perahan air limau kasturi atau lemon
gula dan garam secukup rasa

cara:
  • untuk membuat sos: satukan semua bahan dan masak sehingga mendidih
  • untuk membuat roti: sangaikan daging cincang dengan sedikit garam dan lada sulah
  • ketepikan
  • pukul telur dengan sedikit garam, serbuk lada hitam, daging cincang, daun ketumbar, bawang besar, cili merah dan cili hijau
  • gaul rata
  • roti dibelah dua
  • letak adunan di atas roti dengan sedikit minyak zaitun di atas kuali leper sehingga masak
  • sajikan panas2 dengan sosnya

note: jika anda inginkan roti john yang berbeza sedikit, gaulkan adunan telur dan daging dengan sedikit parutan keju mozzarella dan isikan di atas roti lalu terus digoreng

source: puan asmah laili

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin