Pages

13 August 2010

Bun pandan seri kaya


Bahan-bahan:
250gm tepung roti
2 sudu besar marjerin/butter
2 sudu besar gula pasir
3/4 biji telur - lebihnya disimpan untuk disapukan pada permukaan doh
120ml susu segar
1 1/2 camt yis
2 sudu besar susu tepung
sedikit pewarna hijau
1 sudu teh pandan emulco

inti seri kaya secukupnya
kelapa kering secukupnya - untuk taburan

cara:
  • masukkan semua bahan kecuali seri kaya dan kelapa kering ke dalam breadmaker
  • selepas itu tekankan untuk setting doh dan tunggu sehingga siap lebih kurang 1 1/2 jam bergantung pada jenis BM masing2
  • setelah siap keluarkan doh tadi dan letakkan di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
  • tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin
  • kemudian potongkan doh tadi kepada beberapa bahagian dengan setiap satu seberat 55gm
  • bentukkan setiap satu doh tadi menjadi bulat yang kecil
  • kemudian rehatkan selama 10 min
  • ambil satu doh tadi dan leperkan di atas permukaaan tangan
  • letakkan satu sudu kecil seri kaya dan tutupkan semula menjadi bulat yang kecil
  • lakukan sehingga habis
  • susunkan doh2 tadi ke dalam loyang yang telah digriskan terlebih dahulu dengan menjarakkan satu ibu jari di antara doh
  • biarkan doh naik dua kali ganda
  • pada yang tinggal di negara empat musim bolehlah disimpan loyang tadi di dalam oven dan apitkan dengan dua cawan air panas dan tutupkan pintu oven (pastikan oven tidak di 'ON' kan)
  • setelah itu sapukan permukaan doh2 tadi dengan lebihan telur dan taburkan dengan sedikit kelapa kering
  • bakar pada suhu 180C selama 20-22 min atau sehingga masak dan keperangan

source: ros, jintan manis

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin