Pages

8 August 2010

Thai basil chicken

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam - dipotong kecil
6 ulas bawang putih - dicincang/tumbuk halus
15 biji cili padi (kepedasan bergantung pada selera masing2) - dicincang/tumbuk halus
2 sudu besar fish sauce
1 biji buah tomato - potong 6
1 cekak daun thai basil
sedikit air - jika inginkan sedikit kuah kalau nakkan kering tak perlu masukkan
garam dan gula secukup rasa

cara:
  • gaulkan ayam dengan garam dan serbuk kunyit
  • gorengkan sehingga separuh masak dan ketepikan
  • tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali
  • tumiskan bawang putih dan cili pada sehingga wangi
  • masukkan ayam goreng tadi dan gaulkan sebati
  • kemudian masukkan fish sauce, sedikit air, garam dan gula secukup rasa
  • gaulkan sebati dan biarkan sebentar agar semua bahan sebati dengan ayam
  • akhir sekali masukkan buah tomato, daun thai basil
  • kacaukan rata dan biarkan selama 2 min
  • padamkan api dan hidangkan dengan nasi putih

note: boleh juga digantikan dengan daging. rebuskan dahulu daging sehingga lembut dan hiriskan nipis

source: alongroz, myr (diubah sedikit)

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin