Bahan-bahan A:
1 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung jagung
1/2 cawan gula pasir
3 cawan santan
1/2 sudu kecil garam
1/2 cawan air gula merah - larutkan 1/2 cawan air panas dengan 4 sudu besar gula merah
1 cawan cendol
1/2 cawan air
cara:
- panaskan kukusan
- gaulkan semua bahan-bahan A ke dalam mangkuk sehingga sebati
- kemudian tapiskan
- bahagikan adunan kepada dua bahagian
- masukkan air gula merah ke dalam satu bahagian dan kacaukan rata
- satu bahagian lagi dimasukkan cendol dan 1/2 cawan air supaya kedua2 adunan sama banyaknya
- jadikan 2 bahagian gula merah dan 2 bahagian adunan cendol
- masukkan 1 adunan cendol ke dalam loyang yang telah disapukan dengan sedikit minyak
- kukuskan selama 5-10 min
- kemudian masukkan pula 1 adunan gula merah dan kukuskan lagi selama 5-10 min
- lakukan sehingga habis
- untuk bahagian terakhir adunan kukuskan selama 10-15 min
- pastikan penutup kukus dilapik dengan kain atau aluminium foil supaya air kukusan tidak menitik ke atas adunan
- setelah masak bolehlah dipadamkan api
- tunggu sehingga kuih betul-betul sejuk barulah dipotong dan dihidangkan
source: k.hanieliza
2 comments:
cantiknyaaa....
salam k.liza - mane leh lawan k.liza cume nak kene praktis ptg kuih kasi cantik
Post a Comment