Pages

14 August 2010

Kari ikan mangga

Bahan-bahan:
4 keping ikan - apa2 jenis ikut selera masing2
2 biji mangga - dipotong
4 biji bendi
2 biji cili hijau - dipotong dua tetapi jangan sampai putus
1 biji buah tomato - dipotong 6
1 paket kecil serbuk kari ikan atau 3 sudu besar - dicampurkan dengan sedikit air panas jadikan paste
1 cawan santan
1/2 cawan air
1/3 cawan air asam jawa
1 tangkai daun kari
1 sudu besar halba campur
garam secukupnya
1/3 cawan minyak

bahan2 tumbuk:
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

cara:


  • panaskan minyak di dalam periuk atau kuali
  • tumiskan halba campur sehingga wangi
  • masukkan bahan2 tumbuk, daun kari dan tumiskan lagi sehingga garing
  • kemudian masukkan pula serbuk kari dan kacaukan sehingga pecah minyak
  • masukkan ikan dan kacaukan perlahan2 supaya ikan tidak pecah
  • selepas itu masukkan bendi, mangga, cili dan kacaukan sebentar lebih kurang 10 min
  • tuangkan pula santan, air, air asam jawa dan kacaukan rata
  • akhir sekali masukkan buah tomato dan garam secukup rasa
  • renihkan sebentar sehingga semuanya masak
  • padamkan api dan hidangkan panas2

note: elok di masak malam sebelumnya kerana rasanya akan rasa lebih sedap

source: foodilicious (diubah sedikit)

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin