Pages

24 April 2009

Marble chiffon cake

Bahan-bahan:
Bahan2 A:
3 biji kuning telur
40gm gula pasir
1/8 camt garam
1/2 camt esen vanila
40gm minyak jagung/canola
50ml susu segar - pada suhu bilik
75gm tepung kek

Bahan2 B:
4 biji putih telur
1/4 camt cream of tartar
40gm gula pasir

1/2 camt chocolate emulco - kalau tiada boleh digantikan dengan 6gm serbuk koko

cara:
  1. ayakkan tepung kek dan ketepikan
  2. Bahan2 A: pukul kuning telur, garam, esen vanila dan gula sehingga gebu
  3. masukkan minyak jagung, susu dan pukul lagi sehingga sebati
  4. perlahankan mixer dan masukkan tepung sambil dipukul sehingga rata
  5. ketepikan
  6. Bahan2 B: pukul putih telur sehingga berbuih
  7. masukkan pula cream of tartar sambil dipukul lagi
  8. kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit sebanyak 3 kali sambil dipukul sehingga gebu dan adunan menjadi ringan (apabila di angkat dengan spatula adunan tidak jatuh)
  9. tuangkan 1/2 adunan Bahan2 B ke dalam adunan A sambil dikaupbalikkan sehingga sebati
  10. lakukan sehingga habis
  11. setelah itu ketepikan 1/4 adunan ke dalam mangkuk yang lain dan masukkan chocolate emulco
  12. kacaukan adunan sehingga sebati
  13. tuangkan 2 senduk adunan plain ke dalam chiffon cake tin size 18cm dan 1 senduk adunan chocolate
  14. lakukan berselang-seli sehingga habis kedua2 adunan digunakan
  15. ambil chopstick dan buatkan bulatan supaya terbentuknya marble (nie ikut seni masing2 cara untuk membuat marble)
  16. akhir sekali bakar pada suhu 175C selama 35-45 min atau sehingga masak
  17. setelah masak keluarkan dari oven dan biarkan betul2 sejuk barulah dikeluarkan dari tin

note: petua untuk mendapatkan chiffon kek yang cantik jangan digris atau dilapik tin kek. cukup sekadar dilap dengan kain bersih. dasar dan dinding acuan yang tidak bergris akan membantu "memegang" kek yang di dalam proses mengembang-naik. chiffon kek yang cantik akan menghasilkan kek yang gebu dan berongga

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin