Pages

27 April 2009

Soft white dinner rolls



Bahan-bahan (16 biji):
Bahan2 doh:
500gm tepung roti
3 camt instant yeast
1/2 camb garam
1 camb gula kastor
375ml susu segar
25gm unsalted butter

Bahan2 topping:
1 biji telur - dipukul sedikit
1 camb susu segar
secubit garam
sesame seeds secukupnya
poppy seeds secukupnya

cara:
  • masukkan kesemua bahan2 doh ke dalam breadmaker dan tekankan untuk setting dough
  • tunggu sehingga siap dalam 1 1/2 jam
  • keluarkan doh dari BM dan letakkan di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
  • tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin
  • kemudian bentukkan doh tadi menjadi bulat besar dan rehatkan selama 15 min
  • selepas itu bahagi2kan doh kepada beberapa bahagian dengan setiap satu seberat 55gm
  • ambil satu doh dan buatkan bentuk bulat
  • susunkan ke dalam tin kek yang telah digris dan jarakkan di antara satu doh dengan yang lain
  • lakukan sehingga habis
  • kemudian tutupkan tin tadi dengan kain atau cling film dan biarkan doh naik sekali lagi selama 45 min ke 1 jam
  • jika berada di negara 4 musim bolehlah tin kek tadi disimpan di dalam oven tanpa perlu ON kan
  • apitkan kiri kanan tin tadi dengan dua cawan air panas untuk mempercepatkan proses penaikkan doh
  • sementara menunggu doh naik bolehlah di campurkan telur, susu dan garam
  • kacau sehingga sebati
  • selepas itu bolehlah disapukan ke atas doh2 tadi dan taburkan dengan sesame seeds dan poppy seeds
  • bakar pada suhu 180C selama 20-25 min atau sehingga masak dan keperangan (jika ingin tahu roti tu masak betul ke tidak bolehlah dijentik2kan permukaan bawah roti dan jika ada bunyi bermakna roti sudah masak betul)
  • keluarkan dari oven dan biarkan selama 5 min
  • kemudian keluarkan dari tin dan biarkan sejuk di atas redai
  • roti nie sedap dimakan panas2

note: senang dan sedap

source: nigella lawson (diubah sedikit)

4 comments:

curlybabesatisfaction said...

roti noreen tu nampak gebusnya..

noreen said...

thanks

hanieliza said...

Salam..kakliza betui2 tergoda ngan ur roti..
nampaknya kena menguli la lepas ni...

anyway...jom buat homework dan amik award dari blog kakliza...

IeshaGunn said...

baru aje try resepi nie. stgh adunan letak inti coklat, stgh lg biar kosong. sedap! :D

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin