Pages

Showing posts with label Dessert. Show all posts
Showing posts with label Dessert. Show all posts

13 February 2010

Puding caramel

Bahan-bahan:
8 biji telur
90gm gula kaster
250ml susu cair
250ml air
1 camt esen vanila
90gm gula kaster
2 sudu makan air

cara:
  • pukul telur dengan 90gm gula kaster sehingga gula larut tetapi jangan sampai terlalu berbuih nanti tidak cantik
  • tuangkan susu cair, air dan esen vanila
  • kacau rata dan ketepikan
  • jerang 90gm gula dan air dengan api sederhana panas sehingga menjadi gula hangus
  • tuangkan ke dalam acuan yang telah dilengserkan dengan marjerin/butter/minyak
  • kemudian tapiskan campuran telur ke atas gula hangus tadi
  • kukus selama 35-40 min atau sehingga masak
  • boleh juga di masak secara waterbath selama 20 min atau sehingga masak (masak secara begini akan menjadikan texture puding lebih cantik)
  • setelah masak keluarkan dari kukusan/oven
  • biarkan betul2 sejuk barulah diterbalikkan dan dipotong
  • lebih enak jika disimpan di dalam fridge terlebih dahulu barulah dihidangkan

source: Vrie's, myr (telah diubah sedikit)

20 October 2009

Agar-agar santan resepi II

Bahan-bahan:
Bahan2 lapisan bawah:
900ml air
1 camb serbuk agar-agar
130gm gula pasir
1/2 camt esen ros
sedikit pewarna merah

Bahan2 lapisan atas:
450ml santan - dari 1 biji kelapa
1/2 camb serbuk agar-agar
90gm gula pasir
1 helai daun pandan - disimpulkan

cara:
  • jerang semua bahan2 lapisan bawah dengan api sederhana panas
  • kacau sekali-sekala sehingga mendidih
  • padamkan api dan tuangkan ke dalam loyang berukuran 25cm yang telah dibasahkan dengan sedikit air
  • biarkan sehingga keras
  • kemudian jerang pula bahan2 lapisan atas dengan api sederhana panas
  • kacau selalu
  • bila mendidih padamkan api dan keluarkan daun pandan
  • bila lapisan bawah sudah hampir keras sendukkan agar2 bersantan ke atasnya
  • biar keras baru disimpan di dalam peti sejuk

source: puan norzailina nordin

11 August 2009

Kerepek ubi kentang

Bahan-bahan:
2kg ubi kentang
minyak untuk menggoreng

Bahan2 sos:
2-3 camb pes cili - kalau nak pedas boleh tambah
2 cawan (450gm) gula pasir
1 ulas bawang putih - ditumbuk halus
1 camb asam jawa - dibancuh dengan 1 cawan air
garam secukup rasa

cara:
  • kupas ubi kentang dan hiris nipis terus ke dalam minyak panas. pastikan minyak yang banyak
  • goreng sehingga keperangan
  • angkat dan toskan minyaknya
  • sementara itu panaskan sedikit minyak
  • tumiskan bawang putih sehingga naik bau
  • masukkan pes cili, gula dan air asam jawa
  • jerang semua bahan sos sehingga mendidih dan pekat serta hampir kering
  • kemudian barulah dimasukkan ubi kentang goreng tadi dan kacau tanpa henti sehingga bersalut elok
  • angkat dan biarkan sejuk sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara

note: sukatan gula agak banyak supaya kerepek kekal rangup walaup disimpan lama. boleh jugak dikurangkan sedikit gula jika tidak mahu manis atau tambah cili pes

source: puan norzailina nordin

26 April 2009

Fruit tartlet

Bahan-bahan:
Bahan2 pastry - A:
200gm mentega
100gm gula aising
1/4 camt esen vanila

Bahan2 B:
1 biji telur

Bahan2 C:
420gm tepung gandum
1 camb tepung susu

Bahan2 inti kastard:
2 camb tepung gandum
2 camb tepung kastard atau tepung jagung
8 camb gula pasir
2 cawan (500ml) susu segar
2 biji telur
2 camb mentega

Bahan2 hiasan:
strawberry - dipotong kecil
buah peach - dipotong kecil
buah kiwi - dipotong kecil

cara:
  • cara membuat pastry: pukul bahan2 pastry (A) sehingga gebu
  • masukkan 1 biji telur dan pukul lagi sehingga sebati
  • perlahankan mixer dan masukkan bahan2 C dan pukul sehingga rata
  • gaulkan doh sehingga tidak melekat di tangan
  • letakkan sekeping freezer bag yang telah dibelah dua
  • ambil sedikit doh dan canaikan menjadi nipis lebih kurang 3cm
  • tekapkan doh tadi ke dalam acuan tart dan potongkan lebihan di tepi2 acuan dengan pisau
  • cucuk2kan dasar tart dengan garpu
  • lakukan sehingga habis
  • bakar pada suhu 160C selama 12-15 min atau sehingga keperangan
  • keluarkan dari acuan dan biarkan sejuk
  • bolehlah disimpan di dalam bekas kedap udara
  • cara membuat inti kastard: campurkan tepung gandum, tepung kastard/jagung dan gula ke dalam periuk tahan panas
  • masukkan dua camb susu dan kacau rata
  • setelah itu masukkan pula telur dan kacaukan sebati
  • tuangkan lebihan susu tadi dan jerangkan di atas api yang perlahan
  • pastikan adunan dikacau selalu supaya tidak berketul
  • kacau sehingga adunan menjadi pekat dan likat
  • padamkan api dan masukkan mentega
  • kacaukan sebati dan biarkan sejuk
  • ambil satu keping tart, paipkan inti kastard dan hiaskan buah2an
  • bolehlah dihidangkan atau disimpankan dulu di dalam fridge

source: bahan2 pastry (alex goh) dan inti kastard (k.rinnchan)

11 March 2009

Tiramisu resepi II

Bahan-bahan:
250gm cream cheese (philadelphia)
250gm whipping cream
100gm gula pasir
1 camt esen vanila
1-2 camb serbuk koko atau serbuk kopi - optional
chocolate swissroll atau savoiardi ladyfingers
serbuk koko secukupnya - untuk taburan

cara:
  1. pukul cream cheese dan 50gm gula sehingga gebu. ketepikan
  2. selepas itu pukul pula whipping cream dan 50gm gula sehingga gebu
  3. setelah itu satukan kedua2nya dan gaulkan sebati
  4. masukkan esen vanila dan 1-2 camb serbuk koko (kalau digunakan). gaulkan rata
  5. cara untuk menyediakan: kalau menggunakan swissroll potongkan mengikut berapa besar mangkuk yang digunakan dan susunkan. jika menggunakan ladyfingers aturkan ke dalam mangkuk
  6. taburkan sedikit serbuk koko di atasnya
  7. selepas itu tuangkan campuran adunan cream cheese tadi dan ratakan
  8. susunkan lagi swissroll atau ladyfingers, taburkan serbuk koko dan tuangkan adunan cream cheese
  9. lakukan sehingga habis dan simpankan semalaman di dalam fridge
  10. apabila sudah betul2 sejuk barulah ditaburkan dengan serbuk koko
  11. potong dan hidangkan

source: cikgu sue/maklang/D

17 January 2009

Raspberry napoleon

Bahan-bahan:
1 sheet puff pastry (10x10 inch)
1 cawan fresh raspberries
1 cawan whipping cream
4 camb gula aising
1 camb gula pasir

cara:
  1. panaskan oven pada suhu 180C
  2. potong puff pastry kepada size rectangles (2x1 inch) dan letakkan di atas baking tray
  3. bakar selama 20 min atau sehingga keperangan
  4. keluarkan dari oven dan biarkan sejuk
  5. sementara itu pukul whipping cream bersama gula aising sehingga kental dan gebu
  6. simpankan di dalam fridge
  7. masukkan separuh cawan raspberry bersama gula pasir ke dalam mangkuk tahan panas
  8. masak selama 10 min atau sehingga menjadi jus. angkat dan biarkan sejuk
  9. ambil satu keping puff pastry tadi dan bahagikan 3
  10. kemudian ambil sekeping (dari 3 keping tadi) dan sapukan whipping cream ke atasnya
  11. ambil sekeping lagi puff pastry dan letakkan ke atas whipping cream tadi. lakukan sehingga habis puff pastry
  12. sapukan whipping cream ke atas layered puff pastry yang atas dan letakkan raspberry
  13. taburkan icing sugar ke atasnya dan letakkan jus raspberry disekelilingnya
  14. lakukan sehingga habis
  15. sesuai dihidangkan sebagai minuman petang

1 June 2008

Strawberry puree

Bahan-bahan (300ml):
570gm fresh strawberries
50-65gm gula pasir
lemon juice - optional

cara:

1. buangkan tangkai dan cuci strawberry bersih2 dan toskan airnya
2. kemudian blendkan sehingga hancur menjadi puree
3. setelah itu tuangkan strawberry tadi ke dalam mangkuk tahan panas dan masukkan juga gula. masak sehingga gula hancur tetapi jangan sampai mengelegak. tambahkan lagi gula jika perlu
4. tutupkan api dan biarkan sejuk
5. perahkan lemon juice ke dalam strawberry puree jika suka
6. simpan di dalam fridge boleh tahan sehingga seminggu lamanya atau boleh juga disimpan di dalam freezer
7. strawberry puree ini bolehlah digunakan untuk membuat strawberry ice-cream

27 April 2008

Cream puff resepi II


Bahan-bahan:
Bahan untuk pastri 'choux':
330gm air
190gm mentega
secubit garam
240gm tepung gandum
7-8 biji telur - agak2
sedikit esen vanila

Hiasan untuk cokelat:
1 blok cokelat

cara: cairkan cokelat dengan cara double boiler dan kemudian hiaskan ke atas cream puff yang telah diisikan dengan krim kastard

cara:

1. jerangkan air bersama mentega dan garam
2. apabila sudah mendidih, masukkan tepung dan kacau hingga rata
3. biarkan adunan ini sejuk sebelum menyalinnya ke mangkuk lain
4. dengan menggunakan dough hook, masukkan telur satu persatu dan pukul hingga rata sambil dimasukkan esen vanila. adunan jangan terlalu cair atau terlalu keras agak2 penggunaan telur
5. masukkan adunan ini ke dalam beg paip dengan menggunakan muncung bentuk bintang
6. alaskan tin pembakar dengan kertas alas kuih dan picitkan bulatan kecil2
7. bakar pada suhu 200C selama 25 min
8. apabila sudah sejuk, belahkan dua dan isikan dengan krim kastard dan hiaskan dengan cokelat cair

Bahan2 krim kastard:
1 sudu besar tepung
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
200ml (1 cawan) susu segar
1 biji telur
1 sudu besar mentega

cara:

1. masukkan bahan dari no. 1 -3 ke dalam mangkuk. masukkan 1-2 sudu besar susu. kacau jangan ada yang berketul
2. masukkan telur dan kacau lagi. kemudian masukkan susu yang selebihnya dan akcau
3. tutupkan mangkik dan masukkan ke dalam microwave. guna suhu yang tinggi dan masak sehingga pekat. kacau kastard setiap satu min dan ulangi sehingga pekat
4. bila dah siap, masukkan mentega dan kacau
5. krim kastard boleh disimpan di dalam fridge kalau tak habis

24 March 2008

Tau fu fah

Bahan-bahan:
300gm kacang soya - direndam selama 5 jam dan air mestilah digantikan sekerap yang mungkin kalau boleh setiap 1 jam
3 liter air
3 camb tepung jagung
3/4 camt gypsum powder
125ml air mendidih

Bahan2 sirap gula putih:
350gm gula pasir
250ml air
2 helai daun pandan - disimpulkan

Bahan2 sirap gula merah:
150gm gula merah
50gm gula pasir
250ml air
2 helai dan pandan - disimpulkan

cara:

1. sejatkan kacang soya dan ramas untuk menanggalkan kulitnya
2. kisar dengan 1 1/4 liter air kemudian tapis menggunakan kain jarang (maslin/kain kasa)
3. perah untuk mengambil patinya. selepas itu kisar semula pati tersebut dengan baki air dan perah sekali lagi
4. satukan air mendidih dengan gypsum powder. biar sejuk kemudian campurkan dengan tepung jagung dan kacau supaya ianya betul2 larut dan sebati. kemudian tapiskan ke dalam bekas/periuk yang besar
5. jerang air soya hingga mendidih. pastikan ia dikacau selalu. bila airnya sedang mendidih, tuangkan cepat2 ke dalam bekas berisi campuran gypsum dan tepung jagung tadi
6. buangkan buih yang timbul di permukaan. bungkus penutup bekas dengan kain tebal kemudian tutuplah bekas kemas2
7. biar selama 1 jam sehingga ianya menjadi keras. hidangkan dengna sirap gula putih atau gula merah
8. untuk bahan2 sirap, jerang semua bahan hingga gula larut kemudian tapiskan

source: puan norzailina nordin

2 March 2008

Trifle


Bahan-bahan:
1 tin buah2an dalam tin (fruit cocktail) - disejat dan simpan jusnya

Bahan2 kastard:
25gm tepung kastard
400ml susu segar/UHT
2-3 camb gula kaster
1 camt esen vanila

Bahan agar2:
5 gm serbuk agar2 perasa strawberry - atau perasa yg disukai
30gm gula pasir
400ml air

Bahan2 cream:
250ml whipping cream
2-3 camb gula
1/2 camt esen vanila

untuk hiasan:
buah ceri/strawberry

cara:

1. jerang semua bahan agar2 hingga larut. ketepikan dari api, biar suam sedikit (hendaklah dikacau sekali sekala supaya tidak beku). setelah itu disimpan di dalam fridge sehingga beku
2. untuk membuat kastard: larutkan tepung kastard dengan sedikit susu, tapiskan ke dalam periuk. campurkan dengan bahan lain dan kacau atas api sederhana sehingga pekat. ketepikan
3. untuk membuat cream: satukan semua bahan dan pukul sehingga gebu dan kembang. ketepikan
4. cara untuk menghias: ratakan fruit cocktail ke dalam mangkuk kaca yang besar dan titiskan jusnya. sudukan agar2 ke dalam buah dan susun supaya menutupi permukaan. kemudian tuangkan kastard ke atas agar2 beku tadi dan ratakan. hiaskan trifle dengan krim yg telah diisikan ke dalam piping beg dan letakkan buah ceri atau strawberry ke atasnya. simpan ke dalam fridge sekurang2nya 2-4 jam sebelum dihidangkan

note: base boleh jugak diletakkan dengan trifle sponges

26 February 2008

Tiramisu



Bahan-bahan:
1 1/2 camt instant/strong black coffee
175ml air mendidih
150ml jus oren
3 biji telur - asingkan putih dan kuning
1/3 cawan gula kastor
250gm keju mascarpone
300ml thickened cream - lightly whipped
1 large packet of sponge fingers
serbuk koko untuk ditaburkan atas tiramisu
cara:

1. larutkan kopi dengan air dan satukan dengan jus oren. ketepikan
2. pukul telur kuning telur dan gula di dalam mixing bowl sehingga gebu
3. masukkan keju mascarpone dan cream, pukul lagi sehingga sebati. ketepikan
4. di dalam mangkuk lain pukul putih telur sehingga gebu dan kaup balikkan ke dalam adunan keju tadi dan kacau sebati
5. ambil satu persatu sponge fingers dan celupkan sekejap ke dalam campuran kopi tadi dan susunkan ke dalam ceramic dish
6. setelah siap taburkan 1/3 campuran keju di atasnya dan ulangi lagi proses no. 5 dan 6 sehingga habis
7. kemudian tutupkan ceramic dish tadi dengan cling film dan simpan di dalam fridge sekurang2nya 4 jam atau lebih sebelum boleh dipotong
8. taburkan sedikit serbuk koko di atas tiramisu sebelum dihidangkan

note: kalau nak pastikan potong tiramisu cantik pastikan pisau yg digunakan direndam dulu dengan air panas dan lapkan, setelah itu baru potong. ulangi proses ini untuk setiap potongan tiramisu

2 February 2008

Fruit & custard tartlets


memang dah lame dok cari resepi nie bila nengok mak daro buek den pun rase teruje je. tima kacih kak rinn

Bahan-bahan:
250gm mentega - suhu bilik
120gm gula aising
2 biji kuning telur
440gm tepung gandum - diayak
1 camt esen vanila

custard filling:
2 camb tepung gandum
2 camb tepung kastard atau tepung jagung
8 camb gula kastor
2 cawan (500ml) susu segar
2 biji telur
2 camb (30gm) mentega

cara:

1. griskan dulu acuan tartlet dan susunkan ke atas baking tray
2. untuk pastri: adunkan semua bahan hingga menjadi doh. gelek di atas papan pencanai setebal 5mm
3. setelah itu ambil pastry cutter tekapkan ke atas doh tadi dan tekapkan pula ke dalam acuan
4. tekan sedikit untuk memasukkan doh tersebut dan trimkan dengan pisau atau gunting di tepinya
5. panaskan oven pada suhu 175C
6. cucukkan dengan garpu di tengah2 doh lalu bakar selama 20 min atau sehingga kekuningan
7. kelurkan dari oven dan tunggu hingga sejuk sebelum menanggalkan pastri dari acuan
8. untuk custard: campurkan tepung gandum, tepung kastard dan gula di dalam mangkuk. campurkan pula 2 camb susu daripada 500ml susu tadi dan kacau rata
9. masukkan telur sebiji2 dan gaul rata lagi. setelah itu tuangkan kesemua susu tadi dan kacau lagi hingga larut
10. kacau adunan ini di atas api yang kecil hingga agak kental. adunan ini mesti sentiasa dikacau supaya tidak berbentil2. boleh jugak memasukkan di dalam microwave dengan suhu tinggi hingga pekat dan buka microwave sesekali lalu kacau supaya tidak berbentil2
11. apabila tampak likat, keluarkan dan masukkan mentega lalu kacau hingga sebati. biarkan kastard sejuk dahulu sebelum di masukkan sedikit ke dalam pastri yang telah dibakar tadi
12. setelah itu bolehlah dihiaskan dengan buah2an kegemaran seperti strawberi, kiwi dan peach
13. tartlets ini bolehlah disimpan di dalam fridge untuk tahan dalam masa 3 hari

26 December 2007

Light chocolate mousse

Bahan-bahan (6):
1/2 cawan boiling water
2 camt gelatin
2 camb serbuk koko - kalau boleh ayakkan
4 biji telur - asingkan putih & kuning
1/3 cawan (75gm) gula kaster

cara:
  • satukan gelatin dan air panas ke dalam jug. kacau dengan menggunakan garpu supaya gelating benar2 larut
  • masukkan pula 1 1/2 camb serbuk koko dan kacau sebati dan ketepikan. biarkan sejuk pada suhu bilik dalam 10 min
  • sementara itu dengan menggunakan electric mixer pukul putih telur sehingga gebu cam terbentuknya tanduk
  • masukkan gula sedikit demi sedikit (1 camb) dan pukul lagi sehingga jadi macam krim/mayonis
  • setelah itu masukkan pula kuning telur satu persatu dan pukul lagi dengan kelajuan yang paling maximum
  • perlahan2 tuangkan gelatin tadi ke dalam adunan (pastikan ianya berada pada suhu bilik) dan pukul lagi sehingga ianya sebati
  • bolehlah dituangkan ke dalam remekin/cawan/gelas dan letakkan di dalam fridge sekurang2nya 4 jam sebelum dihidangkan. kalau nak cepat masukkan dalam freezer
  • taburkan lebihan serbuk koko di atas mousse atau boleh jugak diletakkan cream dan hidangkan

note: semasa memukul putih telur letakkan secubit cream of tartar supaya mousse akan jadi lebih gebu dan lembut. chocolate mousse nie senang dan very simple. rasa tidak terlalu manis sangat just nice dan sesuai untuk dihidangkan sebagai dessert

26 September 2007

Agar-agar cendol

Bahan-bahan:
Lapisan bawah:
400ml santan cair - dari 1 biji kelapa
160gm cendol
100ml air
90gm gula pasir
60gm gula merah
2 helai daun pandan - disiat & disimpul
1/2 sudu makan serbuk agar2
garam secukup rasa

Lapisan atas:
200ml santan pekat - dari 1 biji kelapa
150ml susu cair
30gm gula pasir
1/2 sudu makan serbuk agar2
2 sudu teh tepung jagung
garam secukup rasa

cara:
  • jerang gula merah, gula pasir dan air hingga mendidih dan gula larut. tapiskan ke dalam periuk
  • masukkan santan, serbuk agar2, daun pandan dan garam. kacau atas api sederhana hingga mendidih
  • tutup api dan buangkan daun pandan. biar selama 5 mi
  • bubuh cendol ke dlm agar2 dan kacau sebati
  • tuangkan ke dlm loyang atau bekas agar2 yg sudah dibasahkan terlebih dulu
  • sementara itu, larutkan tepun gjagung dengan sedikit santan. satukan dengan semua bahan lain
  • kacau di atas api perlahan. bila mendidih, tuangkan ke atas lapisan bawah yg sudah keras
  • bila lapisan atas keras, bolehlah disimpan di dlm peti sejuk
note: jgn campurkan cendol ketika agar2 masih mendidih kerana warnanya tidak kekal hijau

22 August 2007

Ice-cream puffs

see the cream puff recipe and chocolate ice-cream recipe here. when the cream puffs have cooled, slice in half. place a small scoop of ice-cream between the two halves. drizzle cream puffs with chocolate syrup (see picture below)

1 July 2007

Creme brulee



creme brulee nie ala2 dessert org putih tapi tak susah je buat cuma kena simpan dlm fridge semalaman. keluarkan dan ditaburkan sikit ngan gula kastor dan di grillkan sehingga jadi keperangan. lepas tu simpan lagi dlm fridge selama 2 jam baru ler sedap nak makan.

bahan-bahan (6 mangkuk kecil):
4 biji kuning telur
1 cam besar gula kastor
600ml whipping cream
sedikit esen vanilla
sedikit gula kastor (utk ditaburkan diatasnya)

cara:
- pukul telur dan gula hingga sebati
- letak krim dlm periuk kecil buat secara double-boiler tapi pastikan air dlm periuk mendidih perlahan
- kacau supaya krim tidak hangus
- bila krim jadi suam, masukkan campuran telur
- kacau tanpa henti hingga pekat (pastikan air dibawah periuk mendidih perlahan)
- masukkan sedikit esen vanila dan kacaukan supaya jadi sebati
- tapiskan ke dlm 6 mangkuk kecil yg tahan panas
- letak mangkuk dlm tin pembakar berisi 2.5cm air
- bakar dlm oven 140c selama 40 min
- biar sejuk sebelum diletak dlm peti sejuk semalaman
- taburkan gula kastor, grill hingga gula diatasnya menjadi keperangan
- biar sejuk kemudian disimpan didlm peti sejuk selama 2 jam sebelum dimakan

18 June 2007

Strawberry mousse


Bahan-bahan (6-8 orang):
10g(2tbsp) gelatin
100ml air panas
200g strawberry
70g gula
200ml fresh cream/whipping cream
1 sudu besar lemon jus

cara:
  • campurkan gelatin dengan air panas. Kacau biar gelatin tak nampak ketul-ketul. Boleh juga panaskan dengan microwave
  • buang tangkai strawberry. Dengan mixer/blander kisar strawberry, gula, fresh cream sehingga semua sebati
  • masukkan pula gelatin dan s lemon. Mix sekejap. Tuangkan ke dalam bekas yang sesuai dan sejukkan

17 June 2007

10 June 2007

Rojak buah perantauan


Bahan-bahan:
Nenas
timun
betik
sengkuang
mangga muda
apple
kuah rojak
kacang tumbuk
sesame seed

cara:
  • potong semua buah dan campurkan dengan kuah rojak dan gaulkan sebati
  • akhir sekali taburkan kacang tumbuk dan sesame seed






19 May 2007

Agar-agar santan


Bahan-bahan:
1 paket agar2 (20g) - direndam sehingga kembang
5 cawan air - untuk masak agar2
1 cawan gula merah / melaka - ikut pada kemanisan masing2
1/2 cawan gula pasir - ikut pada kemanisan masing2
1 cawan air - untuk masak air gula
1/2 tin santan pekat
2 biji telur
sedikit garam
1 helai daun pandan - disimpul

cara:
  • masukkan gula pasir, gula merah dan 1 cawan air ke dalam periuk. masak sehingga gula hancur
  • dalam periuk lain masakkan agar2 dengan 5 cawan air sehingga cair
  • blend telur dan santan dan masukkan sedikit garam
  • bila agar2 dah menggelegak, masukkan gula merah cair tadi dan kacau sebati
  • masukkan bahan2 blend ke dalam agar2 yg telah dicampurkan dengan air gula. masukkan jugak daun pandan utk dapatkan bau
  • kacau sentiasa supaya santan tidak berketul2
  • bila adunan dah nak pekat, masukkan dalam loyang dan kacau ikut putaran jam ke atas selama 5 min. kacau jgn berhenti supaya akan dapat dua lapisan santan di bawah dan gula di atas seperti di dalam gambar
Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin