Pages

2 February 2008

Fruit & custard tartlets


memang dah lame dok cari resepi nie bila nengok mak daro buek den pun rase teruje je. tima kacih kak rinn

Bahan-bahan:
250gm mentega - suhu bilik
120gm gula aising
2 biji kuning telur
440gm tepung gandum - diayak
1 camt esen vanila

custard filling:
2 camb tepung gandum
2 camb tepung kastard atau tepung jagung
8 camb gula kastor
2 cawan (500ml) susu segar
2 biji telur
2 camb (30gm) mentega

cara:

1. griskan dulu acuan tartlet dan susunkan ke atas baking tray
2. untuk pastri: adunkan semua bahan hingga menjadi doh. gelek di atas papan pencanai setebal 5mm
3. setelah itu ambil pastry cutter tekapkan ke atas doh tadi dan tekapkan pula ke dalam acuan
4. tekan sedikit untuk memasukkan doh tersebut dan trimkan dengan pisau atau gunting di tepinya
5. panaskan oven pada suhu 175C
6. cucukkan dengan garpu di tengah2 doh lalu bakar selama 20 min atau sehingga kekuningan
7. kelurkan dari oven dan tunggu hingga sejuk sebelum menanggalkan pastri dari acuan
8. untuk custard: campurkan tepung gandum, tepung kastard dan gula di dalam mangkuk. campurkan pula 2 camb susu daripada 500ml susu tadi dan kacau rata
9. masukkan telur sebiji2 dan gaul rata lagi. setelah itu tuangkan kesemua susu tadi dan kacau lagi hingga larut
10. kacau adunan ini di atas api yang kecil hingga agak kental. adunan ini mesti sentiasa dikacau supaya tidak berbentil2. boleh jugak memasukkan di dalam microwave dengan suhu tinggi hingga pekat dan buka microwave sesekali lalu kacau supaya tidak berbentil2
11. apabila tampak likat, keluarkan dan masukkan mentega lalu kacau hingga sebati. biarkan kastard sejuk dahulu sebelum di masukkan sedikit ke dalam pastri yang telah dibakar tadi
12. setelah itu bolehlah dihiaskan dengan buah2an kegemaran seperti strawberi, kiwi dan peach
13. tartlets ini bolehlah disimpan di dalam fridge untuk tahan dalam masa 3 hari

5 comments:

Jun :) said...

wahhh..kat sini pon wat tartlets...hmmmmm...mcm nk berjangkit la plak ni...x leh lelama ni, kang byk lagik rase nak wat..heheh

noreen said...

ala jun jgn ler nak cepat balik nie ayaq lum idangkan laei ahak

cikwan said...

haperla chat box kreen tuh,,penat taw taip2 x kuor lak..lawala taart akak ni..penuh warne warni..dah abes mamam ke ader lagi nih..tu kang musti nak wat lagi la tu..

noreen said...

ala cik wan rugi taw sapa2 tak buat fruit tart nie mmg sodap bangat ... sori ler lupa nak antaq sane dah abih pun nanti nak buat laei sebab custard tu ada laei sayangkan

miss u know who said...

salam akak..tgh cari2 resepi terjumpe blog akak ni..bestnye tgk sume mknn best..akak, nk tanye utk resepi ni dpt brp biji ek?..

yana

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin