Pages

21 February 2008

Sardine rolls


Bahan-bahan (16 ketul):
Bahan2 doh:
400gm tepung roti (strong white bread flour)
7gm (2 sudu kecil) yis kering
1 sudu kecil garam - paras rata
50gm mentega - dicairkan dan biarkan pada suhu bilik
2 sudu besar gula
1 biji telur
100ml susu segar suam
110ml air suam

1 biji telur - dipukul sedikit untuk disapukan ke atas roti
1 sudu kecil mentega cair - untuk disapukan ke atas roti

Bahan-bahan inti:
1 tin sardin - dilenyekkan
1 labu bawang besar - dipotong dadu/chopped
1-2 biji ubi kentang - dipotong dadu kemudian dicelur hingga empuk
1 sudu kecil serbuk cili atau mengikut tahap kepedasan yg disukai
1 susu besar minyak
garam secukup rasa

cara:

1. untuk membuat inti: panaskan minyak, tumiskan bawang sehingga layu dan wangi. masukkan serbuk cili goreng sebentar dan masukkan pula sardin. apabila hampir kering, masukkan kentang dan garam secukup rasa. kacau sekata kemudian sejukkan dan ketepikan
2. untuk membuat doh: campurkan tepung, yis, garam dan gula ke dalam mangkuk besar. buat lubang ditengah2nya, tuangkan mentega, susu, air dan telur. gaul tepung tadi sehingga menjadi doh yang lembut
3. uli selama 15 minit sehingga doh menjadi licin (tidak melekat dijari) dan elastic. bulatkan doh kemudian letakkan ke dalam mangkuk yang telah dilenserkan dengan sedikit minyak dan tutup dengan cling film
4. letak di tempat yg suam selama 1 1/2 - 2 jam sehingg doh mengembang 2 kali ganda. kalau mengunakan breadmaker, masukkan kesemua bahan2 dan tekan setting doh. tunggu hingga siap. setelah itu keluarkan dan tumbuk2kan doh supaya keluar angin
5. kemudian canaikan doh menjadi bentuk segiempat dengan ketebalan 1.5cm. potong 2 (tengah2) kemudian potong jadi bentuk segitiga

6. ambil satu bahagian segitiga kemudian canai supaya menjadi nipis serta lebar di atas dan tirus di bawah. ambil inti letakkan di bahagian yang lebar kemudian gulung doh tersebut kemas2 sehingga penghujung. ulangi sehingga habis doh
7. susun di dalam loyang yang telah disapu minyak. pastikan masih ada ruang antara setiap doh untuk mengembang. kemudian tutup loyang tersebut dengan cling film selama 40 min - 1 jam atau sehingga doh tersebut kembang 2 kali ganda semula
8. panaskan oven pada suhu 190C, bakar selama 12 min kemudian keluarkan sapu dengan telur permukaannya kemudian masukkan semula dalam oven selama 4-5 min atau sehingga keperangan
9. angkat dan sapukan dengan mentaga cair. sejukkan atas redai besi dan tutup dengan kain bersih (untuk mendapatkan soft crust)

note: filling boleh jugak digantikan dengan sosej, tuna, cream cheese

source: noormasri

1 comments:

Fox said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin