Pages

5 February 2008

Nasi goreng kampung resepi II

Bahan-bahan (4 org):
5 senduk nasi - lagi sedap kalau guna nasi sejuk
200gm dada ayam - dipotong kecil2/kiub
secekak sayur kangkung - dipotong 3cm
5 sudu besar air masak
3 sudu besar minyak

Bahan2 B:
1 sudu besar garam
7 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
segenggam ikan bilis - direndam sekejap
7 biji cili api - kalau nak pedas boleh tambah


cara:

1. tumbuk semua bahan2 B tapi jangan terlalu lumat dengan menggunakan batu tumbuk. jangan letak air sewaktu menumbuk cukup sekadar baki air basuhan ikan bilis dan bawang yang melekat pada bahan2 tersebut
2. panaskan minyak dan tumiskan bahan2 tumbuk tadi hingga bawang menjadi kekuningan dan naik bau dengan api yg sederhana besar
3. masukkan pula ayam dan goreng sehingga ayam empuk
3. setelah itu masukkan air dan masukkan kangkung (masukkan batang dahulu supaya cepat empuk). masak selama 1 minit dan kecilkan sedikit api. boleh ditambahkan garam jika perlu
4. masukkan nasi dan gaul hingga sebati
5. setelah itu bolehlah dihidangkan bersama2 telur goreng mate kerbau

2 comments:

MyPeriukBelanga said...

nasik goreng kampung kerr..nasik goreng kilo (kg)?? ahak cabot! *dgn award2 skali*

noreen said...

ala mak daro nie karang aku sentil baru taw noti betul ... alamak semlm asben baru ckp den noti sesgt

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin