
preparation time: 20mins
cooking time: 20 mins
Bahan-bahan (12 biji seperti size di dalam gambar):
125gm mentega - lembutkan jangan lak guna yg keras berdentum kalau boleh biar pada suhu bilik
155gm (3/4 cawan) gula kastor
3 biji telur
1 camt esen vanilla
100gm (1 cawan) almond meal (serbuk almond)
200gm (1 1/3 cawan) susu
lemon icing:
195gm (1 1/4 cawan) gula aising
1 - 1 1/2 camb fresh jus lemon - kalau guna yg dalam botol tak berapa nak menendang pinjam jap peberet word mak daro
2-3 titis pewarna kuning - ape2 warna pun boleh kalau nak buat rainbow pun tak ado sapo nak marah
cara:
1. cam biasa panaskan dulu oven pada suhu 200C atau 180C bergantung pada oven masing2. selepas itu susunkan paper cases ke dalam muffin pan dan ketepikan
2. dengan menggunakan electric beater pukul kan mentega dan gula sehingga kembang dan ringan. setelah itu masukkan pula telur satu persatu sambil dipukul rata. masukkan pula esen vanilla dan pukul lagi hingga sebati
3. kemudian masukkan almond meal, tepung dan susu berselang seli sambil dikacau dengan menggunakan spatula. tuangkan adunan ke dalam muffin pan dan bakar selama 18-20 min atau sehingga masak. keluarkan dari oven dan biarkan di dalam muffin pan sehingga sejuk
4. untuk membuat lemon icing: ayakkan gula aising di dalam mangkuk adunan dan masukkan jus lemon dan kacaukan sebati sehingga terjadinya paste. sapukan lemon icing ke atas cupcakes dan hidangkan
note: pastikan cupcakes benar2 sejuk sebelum disapukan dengan lemon icing. cupcakes boleh bertahan selama 4 hari jika disimpan di dalam bekas kedap udara
2 comments:
Adoiii noreen, terkesima ummi tengok cupcakes with lemon icing tu..gereemm...dulu ada sekali wat lime icing cake..sedap...ni pun mengancam semacam jek, tp kalu wat sapa lah nk makan, dah x ramai kat rumah..kna bersedekah la nmpaknya..hehe..
ala buat 1/2 adunan je lah ummi ... noreen pun buat 6 biji je karang jenuh nak habiskan
Post a Comment