Pages

24 February 2008

Bun pandan resepi I

Bahan-bahan (16 biji):
400gm tepung roti (strong white bread flour)
2 1/2 sudu kecil yis
1 sudu kecil garam
50gm mentega - dicairkan & pada suhu bilik
70-80gm gula
1 biji telur
100ml susu segar suam
110ml air pandan suam - boleh dicampurkan dengan sedikit pandan paste supaya colour hijau lagi cantik

1 sudu kecil mentega cair - untuk sapuan atas roti
1 sudu besar susu segar - untuk sapuan atas roti

cara:

1. campurkan tepung, yis, garam dan gula ke dalam mangkuk besar
2. buat lubang ditengah2nya, tuangkan mentega, susu, air pandan dan telur
3. gaul tepung tadi sehingga menjadi doh yang lembut. uli selama 15 min sehingga doh menjadi licin tidak melekat dijari dan elastik (walaupun doh nie agak melekit pada mulanya jangan tambah sebarang tepung)
4. bulatkan doh kemudian letakkan ke dalam mangkuk yang telah dilengser dengan sedikit minyak dan tutup dengan cling film
5. letak ditempat yang suam selama 1 1/2 - 2 jam sehingga doh mengembang 2 kali ganda
6. ataupun boleh letakkan kesemua bahan2 kecuali untuk sapuan atas roti ke dalam bread maker dan tekan setting untuk doh dan tunggu doh siap
7. setelah itu tumbuk2kan doh tadi supaya keluar angin selama 1 min. kemudian bahagikan doh tersebut kepada beberapa bahagian seberat 50-60gm setiap bahagian. selepas itu bulat2kan dan susu dalam loyang yang dilapik dengan kertas minyak atau disapu marjering. jarakkan antara satu sama lain jangan terlampau jauh supaya bila kembang doh akan bercantum sesama sendiri. kalau boleh guna tin kek bentuk 4 segi yang agak tinggi sedikit
8. kemudian tutup loyang tersebut dengan cling film selama 1 jam atau sehingga doh tersebut kembang 2 kali ganda semula
9. panaskan oven pada suhu 190-200C dan sapukan roti dengan susu kemudian bakar selama 15-20 min atau sehingga keperangan
10. keluarkan dari oven dan sapukan pula mentega cair ke atas roti dan biarkan ianya sejuk di atas redai besi dan tutup dengan kain bersih untuk mendapatkan soft crust

source: noormasri

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin