Pages

6 February 2008

Double chocolate cupcakes

Bahan-bahan (12 biji bergantung pada size):
1 1/2 cawan tepung naik sendiri - diayak
3/4 cawan gula kastor
3/4 cawan susu segar
125gm mentega - dicairkan dan dibiarkan pada suhu bilik
2 biji telur - dipukul sedikit
1 camt esen vanila
1/2 cawan serbuk koko - diayak
3/4 cawan dark or milk choc chips/bits

Chocolate icing:
1/2 cawan cream
200gm dark/milk/plain chocolate - chopped
1 camb serbuk koko - unutk ditaburkan ke atas cupcakes

cara:

1. panaskan oven pada suhu 200C. Susunkan 12 biji muffin cases ke dalam muffin pan dan ketepikan
2. satukan tepung, gula, serbuk koko dan choc chips dan gaul rata. setelah itu buatkan lubang ditengah2
3. sementara itu satukan susu, mentega, telur dan esen vanila ke dalam jug dan whiskkan sekejap. setelah itu dituangkan ke dalam adunan tepung tadi dan kacau sebati dengan menggunakan spatula. jangan terlalu over mix nanti cupcakes menjadi keras cukup sekadar adunan sebati
4. masukkan adunan ke dalam muffin cases dan bakar selama 12-15 min atau sehingga masak. biarkan cupcakes di dalam muffin pan selama 5min sebelum dipindahkan ke atas wire rack dan dibiarkan sejuk
5. untuk membuat icing: masukkan chocolate dan cream ke dalam mangkuk tahan panas dan di masak secara kaedah double boiler. kacau sehingga chocolate cair dan pekat. selepas itu simpankan icing ke dalam fridge selama 30 min. setelah itu bolehlah disapukan/decorate ke atas cupcakes dan ditaburkan sedikit serbuk koko sebelum dihidangkan

2 comments:

MyPeriukBelanga said...

mcm ponah den nmpk jo cawan kek tuh ahak...made in CCK ek?

noreen said...

ala cam telupo lak muffin cases yg mai nun jauhhh dr phua chu kang ahak tu yg dok resmikan semalam nak lawan ngan mat punya cupcakes amik ati nak dapek angpau manyak

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin