Pages

11 March 2009

Tiramisu resepi II

Bahan-bahan:
250gm cream cheese (philadelphia)
250gm whipping cream
100gm gula pasir
1 camt esen vanila
1-2 camb serbuk koko atau serbuk kopi - optional
chocolate swissroll atau savoiardi ladyfingers
serbuk koko secukupnya - untuk taburan

cara:
  1. pukul cream cheese dan 50gm gula sehingga gebu. ketepikan
  2. selepas itu pukul pula whipping cream dan 50gm gula sehingga gebu
  3. setelah itu satukan kedua2nya dan gaulkan sebati
  4. masukkan esen vanila dan 1-2 camb serbuk koko (kalau digunakan). gaulkan rata
  5. cara untuk menyediakan: kalau menggunakan swissroll potongkan mengikut berapa besar mangkuk yang digunakan dan susunkan. jika menggunakan ladyfingers aturkan ke dalam mangkuk
  6. taburkan sedikit serbuk koko di atasnya
  7. selepas itu tuangkan campuran adunan cream cheese tadi dan ratakan
  8. susunkan lagi swissroll atau ladyfingers, taburkan serbuk koko dan tuangkan adunan cream cheese
  9. lakukan sehingga habis dan simpankan semalaman di dalam fridge
  10. apabila sudah betul2 sejuk barulah ditaburkan dengan serbuk koko
  11. potong dan hidangkan

source: cikgu sue/maklang/D

1 comments:

Anonymous said...

Sedapnya nampak tiramisu nie ..belanja nya mahal kalau guna keju mascaphone.

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin