Pages

31 March 2009

Apam seri ayu

Bahan-bahan:
3 biji telur
240gm gula pasir
240ml santan atau susu segar
1 camb jus pandan atau pandan emulco
270gm tepung gandum
1 camt ovalette

1 camb tepung kanji/ubi
1/2 biji kelapa parut - ambil putih sahaja
garam

cara:
  1. sapukan sedikit minyak pada acuan dan ketepikan
  2. gaulkan kelapa, garam dan tepung kanji sehingga rata. ketepikan
  3. panaskan kukus dengan api sederhana panas sementara menyediakan adunan
  4. pukul telur dan gula sehingga kembang dan ringan (apabila diangkat dengan spatula adunan tidak jatuh)
  5. masukkan santan/susu segar, ovalette dan tepung gandum sambil dipukul lagi sehingga rata
  6. cara memasak apam: ambil sedikit kelapa tadi dan tekankan ke dalam acuan sehingga padat
  7. tuangkan adunan ke atas kelapa tadi
  8. kukuskan selama 15 min
  9. angkat dan hidangkan

source: kak hanieliza

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin