Pages

22 March 2009

Jemput-jemput roti

Bahan-bahan:
14 keping roti - koyak2kan menjadi kepingan kecil
80gm isi ayam - dipotong dadu kecil
80gm udang - dicincang/dihiris
1 1/2 cawan air
1/2 cawan susu cair
3 biji telur - dipukul sedikit
1 labu bawang besar - dipotong dadu
2 biji cili merah - dihiris halus
50gm jagung dalam tin
sedikit daun sup/bawang - dihiris
2 sudu teh serbuk lada sulah
garam secukup rasa
8-10 sudu besar tepung jagung
minyak secukupnya untuk menggoreng

cara:
  1. masukkan roti tadi ke dalam mangkuk adunan
  2. tuangkan air dan susu dan biarkan sebentar sehingga air/susu meresap ke dalam roti
  3. masukkan telur, isi ayam, udang, cili merah, bawang, jagung dan daun sup/bawang
  4. gaulkan sebati
  5. akhir sekali masukkan serbuk lada sulah, garam secukupnya dan tepung jagung
  6. gaulkan rata
  7. jika adunan cair bolehlah ditambahkan lagi roti atau tepung jagung (adunan janganlah terlalu cair atau terlalu keras)
  8. panaskan minyak dan gorengkan adunan seperti menggoreng jemput2
  9. angkat dan hidangkan dengan sos cili

note: sesuai sebagai hidangan pagi atau petang

source: bro rozzan

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin