Pages

29 March 2009

Buttermilk sesame buns

Bahan-bahan (16 biji):
500gm tepung roti
1 1/2 camt garam
3 camb madu
1/2 cawan air suam
1 cawan buttermilk - pada suhu bilik
20gm mentega cair
2 camt instant yeast

sesame seeds secukupnya - untuk taburan atas roti

cara:
  1. masukkan semua bahan ke dalam breadmachine dan tekankan untuk setting doh
  2. tunggu sehingga siap
  3. keluarkan dan letakkan atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
  4. tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin
  5. bentukkan doh menjadi bulat dan rehatkan selama 15 min
  6. setelah itu bahagikan doh kepada 16 bahagian dengan setiap satu seberat 55gm
  7. bentukkan doh menjadi bulat dan susunkan ke atas baking tray yang telah digris terlebih dahulu
  8. biarkan doh naik sekali lagi selama 45-60 min
  9. setelah itu spraykan permukaan doh dengan air atau sapukan dengan sedikit telur yang telah dipukul sedikit
  10. kemudian taburkan dengan sesame seeds
  11. bakar pada suhu 180C selama 18-20 min atau sehingga masak dan keperangan
  12. keluarkan dari oven dan biarkan sejuk

note: roti nie boleh dijadikan sebagai roti burger

source: florence

5 comments:

Aishah@Ariffin@Aqil said...

sedap nih mkn pepanas...

rinnchan said...

Cutenya ada bintik-bintik sesame seeds tuuu...

MamaFaMi said...

Roti ni, kalau dibelah dua tanpa putus, lepas tu masukkan inti ayam, salad, kentang goreng, cheese pas tu pipekan sos thousand island dan cili sauce... masyaAllah nikmat!

noreen said...

alamak chef2 pemes mai sini segan lak tuan umah

to aishah - yep lepas letak semua bahan2 yg mamafami suggest mau tak leh bangun dr kerusi ahak

to k.rinn - a'ahh cute cam tuan umah ahak

to mamafami - wah tu dah lawan tokeh mcD namenya

SatriaMuda said...

Assalamualaikum..
Puan, jika boleh saya nak minta keizinan untuk 'copy & Paste' salah satu resepi dalam blog ni. saya nak masukkan dalam blog saya. ia juga sebagai promosi untuk org lain masuk blog pn.

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin