Pages

28 March 2009

Nasi goreng telur asin

Bahan-bahan:
4 cawan nasi sejuk
200gm isi ayam - dipotong dadu/kecil
3 biji telur
1 biji telur asin - dilenyekkan dengan sudu
2 sudu besar kicap
garam dan serbuk lada hitam secukup rasa

Bahan2 tumbuk:
2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
5 biji cili padi - kalau suka pedas boleh lebihkan
1 sudu besar udang kering - direndamkan sekejap

cara:
  1. panaskan minyak dan goreng telur secara scramble. angkat dan ketepikan
  2. panaskan lagi minyak dan tumiskan bahan2 tumbuk sehingga garing dan wangi
  3. masukkan isi ayam dan kacau sehingga sebati
  4. biarkan isi ayam empuk
  5. setelah itu masukkan telur asin, kicap, garam, serbuk lada hitam, telur goreng dan nasi
  6. gaulkan semuanya sehingga rata
  7. angkat dan hidangkan

2 comments:

Aishah@Ariffin@Aqil said...

nampak macam sedap nih...tp kena wat telur asin dulu lah plak...

noreen said...

memang sodap bangat tak cukup makan sepinggan

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin