Pages

7 March 2009

Kek lapis dwi-berry


Bahan-bahan:
450gm mentega
160gm gula pasir
1/2 camb ovalette

10 biji telur - saiz besar
200gm susu pekat manis (condensed milk)

300gm tepung hongkong (kalau tak ada tepung gandum pun boleh)
100gm horlicks powder
80gm jem strawberry + sedikit pewarna merah (untuk dapatkan warna)
80gm jem blueberry + sedikit pewarna biru (untuk dapatkan warna)
50gm keju - parut (optional)

cara:
  • griskan tin cake yang bersaiz 4 segi 9x9 dan alaskan dengan kertas minyak
  • ketepikan
  • pukul mentega, gula dan ovalette di dalam mangkuk adunan sehinga kembang
  • masukkan telur satu persatu sambil dipukul sehingga habis telur digunakan
  • setelah itu perlahankan speed mixer dan masukkan susu pekat sambil dipukul lagi sehingga sebati
  • kemudian masukkan tepung hongkong dan horlick berselang-seli sambil dipukul dengan kelajuan yang rendah sehingga adunan rata
  • selepas itu ketepikan 12 senduk adunan ke dalam mangkuk yang lain (dijadikan sebagai adunan plain)
  • lebihan adunan dibahagikan kepada dua bahagian
  • satu bahagian dimasukkan dengan jem strawberry dan pewarna merah
  • kacau sehingga rata
  • satu bahagian lagi dimasukkan dengan jem blueberry dan pewarna biru
  • kacau sehingga rata
  • mula2 bakarkan 3 lapisan plain yang pertama dengan setiap lapisan dibubuhkan 2 senduk adunan dan ratakan dipermukaan tin kek
  • taburkan sedikit parutan cheese untuk setiap lapisan kek
  • bakar pada grill mode (200-230C) atau baking mode (180C) selama 5-7 min atau sehingga keperangan
  • selepas satu lapisan kek masak keluarkan dari oven dan tekan2 kek tadi dengan menggunakan belakang sudu supaya mengeluarkan angin
  • selepas 3 lapisan kek plain masak bolehlah dimasukkan 2 senduk adunan strawberry dan bakar lagi dan diselang-selikan dengan adunan blueberry (2 senduk adunan strawberry - 2 senduk adunan blueberry - 2 senduk adunan strawberry - 2 senduk adunan bluberry) sehingga habis semua adunan digunakan
  • akhir sekali bakar lagi 3 lapisan adunan plain
  • untuk lapisan terakhir bakar pada suhu biasa pada 180C selama 10-15 min supaya kek tahan lebih lama (ini jika bakar menggunakan grill mode)

source: bro rozzan (cara diubah sedikit mengikut cara sendiri)

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin