Pages

17 March 2009

Apam indon

Bahan-bahan:
5 biji telur
1 camt ovalette
1/2 camt esen vanila
300gm tepung gandum
300gm gula kastor
250ml santan atau susu segar
1/2 camt baking powder
secubit garam
3 jenis pewarna

cara:
  • alaskan kertas minyak (greaseproof paper) ke dalam loyang dan ketepikan (tin tidak perlu digris)
  • ayakkan tepung bersama2 dengan baking power dan ketepikan
  • masukkan garam ke dalam santan dan kacau rata. jika menggunakan susu segar garam tadi bolehlah diayakkan bersama2 dengan tepung dan baking powder
  • pukul telur bersama2 dengan ovalette sehingga gebu dan kembang
  • masukkan gula sedikit demi sedikit sambil dipukul lagi sehingga sebati
  • kemudian masukkan esen vanila dan pukul lagi
  • perlahankan mixer
  • masukkan tepung berselang-seli dengan santan/susu sambil dipukul sehingga rata
  • kemudian bahagikan adunan kepada 3 bahagian dengan setiap satu di titikkan dengan satu perwarna sambil dikacau rata
  • setelah tuangkan satu pewarna ke dalam loyang sambil diratakan dan kukus selama 10 min atau sehingga permukaan atas apam tidak melekat
  • pastikan kukus telah dipanaskan dan lapikkan penutup kukus dengan kain atau dengan aluminium foil
  • tuangkan satu lagi adunan dengan warna lain dan kukus lagi
  • lakukan sehingga habis ketiga2 adunan digunakan dan untuk lapisan terakhir kukuskan selama 25-30 min dengan kepanasan sederhana
  • jika rajin bolehlah dibuat berlapis2 seperti kek lapis

source: maklang (ubah sedikit)

1 comments:

dapurCikWan said...

nanti nak cuba apam ni =)

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin