Pages

24 March 2009

Kek lapis batik sutera

Bahan-bahan:
450gm mentega
250gm gula kastor
10 biji telur
170gm seri kaya
397gm susu pekat (condensed milk)
100gm horlicks powder
1 camt esen vanila
200gm tepung gandum atau tepung hongkong

cara:
  • griskan pada dasar dan sekeliling loyang 8"x 8"
  • kemudian alaskan dengan kertas minyak (parchment paper) dan griskan lagi (jika menggunakan loyang non-stick hanya perlu griskan sahaja tidak perlu alaskan dengan kertas minyak
  • ketepikan
  • pukul mentega dengan gula sehingga gebu dan kembang (apabila diangkat dengan spatula adunan tidak jatuh)
  • masukkan telur satu persatu sambil dipukul sehingga habis telur digunakan
  • kemudian masukkan seri kaya, susu manis, horlicks dan esen vanila
  • pukul lagi sehingga rata
  • setelah itu kaupbalikkan tepung sehingga rata atau boleh jugak dipukul sehingga rata
  • cara membuat design kek bergantung pada kreativiti masing2
  • 6 senduk lapisan plain + 10 senduk lapisan warna + 6 senduk lapisan plain + 10 senduk lapisan warna + 6 senduk lapisan plain (1 lapis kek gunakan 2 senduk adunan)
  • 20 senduk lapisan warna tadi dibahagikan kepada 3 bahagian dan warnakan setiap satu ikut suka masing2
  • manakala 18 senduk adunan plain tadi dibahagikan kepada 3 mangkuk dengan 6 senduk setiap satu mangkuk
  • panaskan oven dengan menggunakan grill mode pada suhu 200-220C bergantung pada oven masing2
  • mula2 letakkan 2 senduk lapisan plain dan bakar selama 5-6 min atau sehingga keperangan
  • buat lagi untuk lapisan kedua dan ketiga dengan menggunakan lapisan plain
  • setelah itu letakkan 2 sudu lapisan warna dan bakar lagi dan lakukan sehingga 5 warna/lapis digunakan (10 senduk kesemuanya)
  • kemudian bakar lagi dengan menggunakan lapisan plain sehingga 3 lapis (6 senduk)
  • ulangi step 15 dan 16
  • akhir sekali mestilah 3 lapisan adunan plain
  • selepas habis membakar lapisan terakhir tukarkan oven kepada baking mode 150C dan bakar lagi selama 10 min supaya kek lebih tahan lama

note: gambar hanya menggunakan separuh adunan sahaja

source: bro rozzan

1 comments:

toute said...

z0t67e5t34 v8a39i5g37 k4i32b7q78 x8i26q6x09 i4y22a1m32 e2w55l5w23

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin