Pages

3 March 2009

Ayam masak serai

Bahan-bahan:
1 ekor ayam - dipotong kecil atau ikut suka masing2
6 batang serai - dititik sehingga pecah bawahnya (kalau tidak nanti serai lambat kering)
2 keping asam keping/gelugor
garam dan kunyit secukupnya

Bahan2 kisar:
6 biji bawang merah
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
20 tangkai cili kering

cara:
  1. ayam dilumur dengan garam dan kunyit
  2. goreng separuh masak
  3. angkat dan toskan minyaknya
  4. ketepikan
  5. tumiskan bahan2 kisar sehingga agak garing
  6. masukkan ayam tadi bersama dengan asam keping dan serai
  7. goreng sehingga serai menjadi kering
  8. sekiranya serai belum cukup kering dan tidak naik minyak ini menunjukkan bahawa ayam serai masih belum siap untuk dimakan
  9. setelah masak bolehlah diangkat dan dihidangkan bersama2 dengan nasi putih bersama dengan lauk pauk yang lain

note: ayam jangan dipotong terlalu besar nanti bahan2 kuah dan serai tidak meresap bersama2 dengan ayam

source: mak lang

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin