Bahan-bahan (12 biji):
300gm tepung roti
2 camt instant yeast
45gm gula pasir
1/2 camt bread improver - optional
1/2 camt garam
1/2 camt pandan emulco atau pandan paste
1/2 camb susu tepung
1/2 biji telur
20gm unsalted butter
60ml susu segar
105ml air
100gm kismis - boleh digantikan dengan chocolate chips jika suka
sedikit olive oil - untuk sapuan
cara:
- masukkan semua bahan ke dalam bread machine dan tekankan untuk setting doh
- tunggu sehingga siap lebih kurang 1 jam 30 min
- selepas itu keluarkan doh dan letakkan di atas papan pencanai yang telah di taburkan dengan sedikit tepung
- tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin
- kemudian bentukkan doh supaya menjadi bulat yang besar
- rehatkan sekejap selama 15 min
- selepas itu potong2kan doh kepada 12 bahagian dengan setiap satu seberat 55gm
- bentukkan setiap doh menjadi bulat yang kecil
- dan susunkan ke atas baking tray atau susunkan ke dalam tin kek dan jarakkan di antara satu doh selebar 1 jari atau boleh jugak di susunkan ke atas muffin cup (cara bergantung pada selera masing2)
- kemudian biarkan doh naik sekali lagi lebih kurang 45 min atau 1 jam
- pada yang tinggal di negara 4 musim bolehlah disimpan di dalam oven dan diapitkan dengan dua cawan air panas dan tutupkan pintu oven tanpa perlu ON kan
- setelah itu bolehlah dibakar pada suhu 175C selama 25 min atau sehingga masak dan keperangan
- keluarkan dari oven dan sapukan dengan sedikit olive oil di atas permukaan roti tadi supaya ianya kekal lembut
note: cara2 membuat roti yang membezakannya ialah jika diuli dengan tangan atau menggunakan bread machine. yang paling penting apabila membuat roti ialah sewaktu penaikan doh. saya lebih suka menggunakan unsalted butter kerana texture roti lebih cantik. penggunaan bread improver adalah untuk melembutkan lagi roti tetapi jika tiada texture roti tetap lembut. harap tips ini berguna kepada sesiapa yang gemar membuat homemade bread
0 comments:
Post a Comment