Pages

2 June 2010

Ikan bawal masak lemak timun

Bahan-bahan:
1kg ikan bawal - cuci bersih dan potong dua atau beberapa keping
1kg santan
200gm timun - potong
50gm cili hijau - belah dua tapi jangan sampai terputus
50gm buah tomato - belah 4
garam dan gula secukup rasa
daun kunyit - dihiris

bahan2 kisar:
2 labu bawang besar
50gm bawang putih
50gm serai
50gm cili padi
50gm cili merah
50gm kunyit hidup


cara:
  • panaskan minyak
  • tumiskan bahan2 kisar sehingga wangi dan garing
  • masukkan santan dan kacau sehingga pecah minyak
  • apabila kuah telah mendidih, masukkan ikan bawal dan kacaukan selama 15 min
  • masukkan garam, gula, daun kunyit, timun, buah tomato dan cili hijau
  • kacaukan rata
  • masaklah sehingga ikan empuk
  • padamkan api dan hidangkan dengan nasi putih

2 comments:

Anonymous said...

aaa sedap tuhh....

Anonymous said...

Salam Noreen,
Akak rasa santan tu banyak sangat tak? Tapi akak rasa recipe ayam ala thai looks soooo goood. Nak cuba besuk inshaallah.

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin