Pages

27 March 2008

Mexican chicken fajitas

Bahan-bahan:
4 keping tortilla
200ml susu cair
100ml double cream
300gm cheddar cheese
2 sudu besar minyak zaitun
200gm chicken breast - dipotong panjang
garam dan lada putih secukupnya
4 helai daun bawang - dirampai
1 biji capcisum merah - dipotong panjang (optional kalau suke)

Salsa souce:
2 biji tomato - dipotong dadu
1 biji bawang besar - dipotong dadu
5 sudu besar daun ketumbar - dirampai
5 batang lada hijau - dirampai
1 1/2 sudu kecil garam
4 sudu besar jus lemon

cara:
  • panaskan oven pada suhu 220C
  • panaskan susu cair, krim dan cheese di dalam mangkuk sehingga cheese cair dan sebati
  • ketepikan
  • sementara itu panaskan minyak zaitun dalam kuali dan masak ayam selama 2-3 min. selepas itu masukkan pula capsicum dan taburkan garam dan lada putih secukup rasa
  • masukkan daun bawang dan masak untuk seminit lagi
  • letakkan tortilla di atas dulang pembakar dan bahagikan isi ayam ke pada 4 bahagian. isi ayam dibungkus rapi dalam tortilla
  • tuangkan sos cheese dan 1 sudu kecil salsa sauce (kalau suke)
  • bakar selama 10 min atau hingga warnanya keperangan. hidangkan bersama2 dengan salsa sauce dan makan sewaktu tortilla masih panas n crispy
  • salsa sauce: gaulkan kesemua bahan2, garam dan jus lemon digunakan mengikut rasa masam atau manisnya tomato

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin