Pages

5 April 2008

Asam pedas ikan bawal

Bahan-bahan:
500gm ikan bawal hitam / putih - ikan tenggiri / pari / terubuk atau kembung pun boleh
6 sudu besar cili kering kisar
seikat daun kesum
sekuntum bunga kantan - dibelah 4
sedikit air asam jawa
4 cawan air
1 biji buah tomato - dibelah 4
kacang bendi - masukkan sebiji2 tak payah potong
5-6 sudu minyak untuk menumis
garam, serbuk perasa dan gula secukupnya

Bahan2 tumbuk:
2 ulas bawang putih
7 ulas bawang merah
1.2cm halia
1cm kunyit hidup

cara:

1. ikan dibersihkan dan dipotong mengikut citarasa
2. panaskan minyak di dalam periuk, masukkan bahan2 tumbuk kacau sehingga wangi dan garing. selepas itu masukkan pula cili kisar. kacau lagi sehingga garing
3. masukkan air asam jawa dan air biasa
4. masak sehingga mendidih dan kuah pekat sedikit kemudian kecilkan api. masukkan pula ikan, garam, serbuk perasa dan gula
5. bila hampir masak, masukkan daun kesom, bunga kantan, buah tomato dan bendi. kacau seketika dan bolehlah diangkat untuk dihidangkan

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin