Pages

29 April 2008

Ayam goreng resepi II


Bahan-bahan (1-2 org):
200gm ayam - dibuang tulang atau guna chicken breast
1/4 sudu kecil garam atau secukup rasa
1 ulas bawang putih - dicincang
sedikit serbuk lada sulah atau lada hitam
1/2 cawan tepung gandum
1 biji telur - dipukul sedikit
1-2 cawan bread crumb
minyak untuk menggoreng

cara:

1. ayam dihiris nipis2 atau ikut suka dan dicuci bersih2, toskan. setelah itu perapkan ayam dengan garam, bawang putih dan serbuk lada sulah/hitam selama 10 min
2. sementara itu letakkan separuh tepung gandum dan bread crumb ke dalam mangkuk yang berasingan. bila dah nak habis baru tambahkan supaya tidak membazir
3. cara menggoreng ambil sekeping ayam celupkan ke dalam tepung dahulu kemudian telur dan akhir sekali ke dalam bread crumb (tepung-telur-bread crumb)
4. goreng sehingga keperangan

note: ayam goreng nie sedap dimakan panas2 bersama dengan thai sweet chilli, salad atau sandwich

source: dari dapur lydia

1 comments:

Hardiono Handoko said...

Wow nyummy, lezat sekali nampaknye, apa bisa dibuat sendiri dirumah dengan resepi ini?

Mini Sugar Plant

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin