Pages

28 July 2010

Nasi beriani telur

Bahan-bahan:
8 biji telur rebus - belah 2
2 cawan beras basmati - cuci dan toskan
1 sudu besar minyak sapi
1 labu bawang besar - potong dadu halus
2 ulas bawang putih - tumbuk halus
2 helai daun bay
1 batang kulit kayu manis
1 biji buah pelaga hitam
4 biji buah pelaga hijau
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk cili
2 sudu kecil serbuk jintan putih/halus
2 1/2 cawan air atau secukupnya
garam secukup rasa

cara:
  • panaskan minyak sapi dalam periuk
  • tumiskan bawang besar, bawang putih, daun bay, kulit kayu manis dan kedua2 buah pelaga sehingga wangi
  • masukkan telur rebus
  • kemudian masukkan serbuk kunyit, serbuk cili, serbuk jintan putih/halus dan gaulkan rata
  • masukkan pula beras dan kacaukan perlahan2 sehingga sebati
  • tuangkan air, garam dan masak dengan api yang sederhana panas sehingga masak
  • boleh juga di alihkan ke dalam rice cooker dan masaklah seperti menanak nasi biasa
  • setelah masak kacaukan nasi perlahan2 supaya ianya tidak pecah
  • hidangkan dengan lauk pauk yang lain

source: muna

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin