Pages

3 December 2007

Nasi ayam resepi II

Bahan-bahan:
Bahan2 sampingan:
Timun - potong ikut suka
2 biji tomato - dipotong berbaji
daun salad - dihiris

Bahan utk ayam:
1/2 ekor ayam - dipotong 2
2 ulas bawang putih - diketuk
1 inci halia - diketuk
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar soso tiram
sedikit minyak bijan
6 cawan air

cara:

  • ayam dibersihkan kemudian direbus di dalam air bersama halia dan bawang putih selama 15 min
  • angkat ayam, toskan kemudian perap sebentar bersama campuran kicap manis, sos tiram dan beberapa titis minyak bijan
  • air rebusan disimpan untuk masak nasi dan buat sup
  • ayam yg telah diperap tadi digrill dalam oven sehingga agak garing dan berkilat atau boleh jugak digoreng sehingga berkilat
  • bila masak potong ayam kecil2 dan renjiskan sedikit minyak bijan sebelum dihidangkan

Bahan2 utk nasi:
2 cawan nasi
3 cawan air rebusan ayam - sukatan air sup bergantung pada jenis beras
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 inci halia - ditumbuk
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar marjerin
1 sudu besar minyak
setitik pewarna kuning

cara:

  • beras dibersihkan kemudian ditoskan
  • panaskan marjerin + minyak, masukkan bahan2 tumbuk kemudian digoreng sehingga wangi
  • masukkan beras, goreng beras sebentar baru masukkan air rebusan ayam, pewarna kuning dan garam
  • tanak hingga masak

Bahan2 untuk kuah sup:
1 ulas bawang putih - dimayang
1cm halia - dimayang
2 ulas bawang merah - dimayang
daun sup - dihiris
3 cawan air rebusan ayam

cara:

  • panaskan sedikit minyak, masukkan bahan2 yg telah dimayang dan goreng sehingga kuning
  • masukkan air rebusan ayam
  • masukkan garam secukup rasa
  • angkat dan taburkan daun sup

Bahan2 untuk sos cili:
4 biji cili merah
1 ulas bawang putih
1 sudu kecil cuka
1 sudu besar minyak rebusan ayam
garam & gula secukup rasa

cara:

  • blend kesemua bahan2 sehingga halus

Bahan2 untuk sos kicap:
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap masin
1 sudu besar kicap manis
3 sudu besar air rebusan ayam

cara:

  • campurkan kesemua bahan2 dan kacau sebati

1 comments:

Wan Zaiton said...

bayk betul koleksi nasi ayam noreen ya...mana satu paling sedap sekali mengikut citarasa noreen?kitapun teringin nak cuba resipi from ur website..baruni dah cuba muffin pisang choc chiptu...sedap..thanks for sharing..:)

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin