Pages

29 December 2007

Nasi pilaf

Bahan-bahan:
2 kg beras basmati - dicuci bersih & direndam selama 1/2 jam kemudian toskan airnya
375gm mentega
2 batang kulit kayu manis
4 biji bunga lawang
6 biji bunga cengkih
4 helai daun padan - disiat2kan & disimpul
3 biji bawang besar - dicincang halus
kismis & bawang goreng - utk ditaburkan di atas nasi
daun ketumbar & daun pudina - utk ditaburkan di atas nasi kalau tak ada pun tak ape
garam secukup rasa
air secukupnya

cara:

  • panaskan periuk non-stick dengan mentega
  • tumiskan kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan daun pandan. gaul rata
  • setelah itu masukkan bawang besar yang telah dicincang tadi dan gaul lagi sehingga wangi
  • masukkan beras dan gaul dengan menggunakan sudip kayu tapi kacau dengan perlahan2 supaya beras tidak patah
  • goreng sebentar beras tadi supaya ianya sebati dengan bahan2 tumisan. kacau dengan teknik pusingan jam supaya nasi akan menjadi berderai sebiji2 dan tidak melekat diantara satu dengan lain
  • setelah itu bolehlah dimasukkan air separas beras dan agak2lah macam masak nasi biasa
  • jangan lupa taburkan sedikit garam dan biarkan nasi sehingga benar2 masak
  • boleh jugak diubahkan ke dalam rice cooker
  • taburkan kisimis, daun ketumbar, daun pudina dan bawang goreng ke atas nasi dan hidangkan bersama2 lauk seperti ayam masak bali (lihat resepi disini)

source: k.nis

1 comments:

MyPeriukBelanga said...

yo lah tuu...kalu tadak daun pudina, tabo sentil tembakau periso pudina pun orait gak ahak mau tobogek org yg makannyo!

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin