Pages

15 December 2007

Sup ekor resepi II

Bahan-bahan:
1kg ekor lembu - dipotong bulat
1 liter air
1 bunjut sup tulang
1 kiub tulang rusuk
daun bawang & daun sup - dihiris halus
1 batang karot - dipotong bulat
1 biji limau nipis
sedikit cili padi - diketuk
garam secukup rasa

Bahan2 penumis:
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
2cm kulit kayu manis

Bahan2 dikisar/dimayang:
100gm bawang merah
40gm bawang putih
2cm halia
1 batang serai

cara:
  • rebus ekor lembu hingga lembut dalam 1 jam 45min - 2 jam dan ketepikan
  • di dalam mangkuk yang lain, panaskan minyak, tumiskan bahan2 penumis dan bahan2 kisar hingga naik bau
  • masukkan air rebusan ekor tadi, bunjut sup tulang dan kiub tulang rusuk
  • apabila mendidih, masukkan garam, ekor lembu, karot, daun sup, cili padi dan daun bawang
  • biarkan hingga mendidih dan ekor sebati dengan semua bahan2
  • perahkan air limau nipis dan taburkan sedikit bawang goreng
  • sedia untuk dihidangkan

4 comments:

NITA said...

hi noreen..pls excuse me for putting ur blog in my link list...admire ur recipes!! anyway..salam perkenalan...from: nitamohd.blogspot.com

noreen said...

thanks for stopping by my blog nita ... hope we can exchange recipes

Marlinda said...

Salam perkenalan noreen...
Walaupun kat sini ada jual di restoren sup tulang ni, tapi masak sendiri memang lebih sedap...

Saya selalu jugak datang sini, tapi segan nak leave a comment :)

marlindaradzi.com

noreen said...

salam perkenalan marlinda ... tima kacih sbb rajin mai singgah blog yg tak seberapa nie. dah tinggal jauh nie nak tak nak kene lah masak kadang2 tu rasenya dapuq tu hah dah naik jemu nengok muke noreen nie ahak ape buleh buat dah nasib sodih lak

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin