Pages

31 May 2008

How to Buy and Store Onions

The lowly onion has a ton of uses. Did you know that it’s the only basic ingredient found in every single solitary cuisine around the world? It adds a wonderful flavor and a pungent aroma to every recipe it’s in.

When you buy onions, be sure to look for firm onions that are free of cuts and blemishes.

Types
There are two main classifications of onions: the green onion (or scallion) and the dry onion.

Green onions are often eaten raw on salads or used as a garnish.


The dry onions have a juicy flesh and are covered with a dry papery skin. They come in a wide range of sizes, shapes and flavors.

If a recipe just says “chopped onions” buy the “yellow”onions. 88% of all onions eaten are the yellow onion. (It’s not the most original name but it certainly is descriptive!)

Another type of yellow onion is the Vidalia onion which is the sweetest and juiciest of them all.
It looks just like a regular yellow onion, but tastes quite different from the all-purpose onion. Look out for the sign at the grocery store.

Red or purple onions, another example of the dry onion, are often eaten raw or on salads and burgers.

They have a vibrant color and tend to be a bit sweeter than the yellow onion.

Storing Onions

Onions can last for several weeks (if not months) without compromising their taste or nutritional value. However, you must be sure to store them in a cool, dry, well-ventilated place.

Once you cut an onion, wrap whatever portion you don’t use in plastic wrap, and put it in the refrigerator. It will keep about 4 days.

Some onions make you cry like a baby, others seem to have no effect on your eyes.

Unfortunately, you can’t tell in advance which is which, just from looking at the onion. You just have to cut into it and hope for the best.

Peeling the onion under running water can help a little if the onion is really bothering your eyes

You could also try freezing the whole onion for about 20 minutes before you cut into it. That always works for everyone!

Walnut cinnamon rolls



Bahan-bahan:
210gm tepung roti
90gm tepung gandum
10gm (3 camt) instant yeast
60gm gula pasir
1/2 camt garam
1 biji telur
120ml susu segar
60gm mentega - pada suhu bilik

Bahan2 filling:
2 camb mentega - pada suhu bilik
60gm gula perang
1 camt serbuk kulit kayu manis
30gm kacang walnut - dicincang

1 biji telur - dipukul sedikit untuk disapukan ke atas roti

cara:

1. satukan bahan2 roti kecuali mentega di dalam mixing bowl dan pukul dengan menggunakan mixer with dough hook sehingga terbentuknya doh
2. kemudian masukkan mentega dan pukul lagi sehingga doh menjadi lembut lebih kurang 5 min
3. doh tadi dibentukkan bulat dan letakkan di dalam mangkuk yang telah digris. tutup dengan kain lembab atau cling flim biarkan sehingga doh naik dua kali ganda atau 45min - 1 jam
4. sementara itu bolehlah disediakan filling. satukan semua bahan2 filling kecuali mentega dan gaulkan rata. ketepikan
5. selepas 45min atau 1 jam bolehlah di uji samada doh telah naik atau tidak. taburkan sedikit tepung ke atas doh tadi dan tekan dengan menggunakan jari. kalau ada meninggalkan kesan maksudnya doh telah pun naik
6. tumbukkan2 doh tadi supaya mengeluarkan angin. taburkan sedikit tepung di atas papan canai dan uli sekejap dan bahagikan kepada dua bahagian
7. canaikan satu bahagian doh tadi menjadi bentuk rectangular 20x30cm/8x12in. sapukan dengan mentega dan taburkan filling ke atasnya
8. gulungkan doh tadi seperti menggulung swiss roll dan potong setebal 1". susunkan ke atas baking tray yang telah di gris dan biarkan ianya naik sekali dalam 30 min
9. lakukan proses ini dengan doh yang kedua tetapi jangan potong. selepas digulungkan dan diisikan filling letakkan di dalam loaf pan. biarkan ianya naik sekali lagi selama 30 min
10. kemudian sapukan dengan telur yang telah dipukul tadi dan bakar pada suhu 180C selama 12 min atau sehingga masak dan keperangan. sapukan mentega selepas dikeluarkan dari oven untuk kelihatan berkilat
13. untuk memastikan roti masih lagi lembut selepas disejukkan simpan di dalam bekas kedap udara

source: resepi dari aunty yochana tapi cara telah diubai suai

29 May 2008

Crispy onion rings

Bahan-bahan:
3 biji bawang besar warna kuning
75gm tepung gandum
2 camb tepung jagung
1/2 camt baking powder
1/2 camt serbuk paprika
1/2 camt gula pasir
1 biji telur - dipukul
120ml susu segar
garam dan pepper secukup rasa
minyak untuk menggoreng


cara:

  • panaskan minyak terlebih dahulu di dalam periuk/kuali dengan api yang sederhana panas
  • minyak biarlah banyak supaya onion ring di goreng terendam
  • kemudian bawang dibuang kulit dan di potong bulat2 selebar 1cm
  • setelah itu bawang yang telah dipotong tadi dipisahkan di antara satu dan susunkan di atas baking tray
  • untuk membuat batter: satukan semua bahan2 kering ke dalam mixing bowl dan kacau dengan menggunakan hand whisker sehingga sebati
  • ketepikan
  • kemudian satukan telur dan susu ke dalam mixing bowl yang lain dan kacau sehingga sebati dengan menggunakan hand whisker
  • tuangkan campuran susu tadi ke dalam bahan2 kering dan kacau sehingga sebati dan tidak berbentil
  • dengan menggunakan garpu celupkan sekeping bawang ke dalam adunan dan gorengkan sehingga keperangan
  • lakukan sehingga habis
  • hidangkan panas2

Durian chiffon cake


Bahan-bahan:
Bahan2 adunan kuning telur:
6 biji kuning telur
150ml santan
4 camb minyak jagung
1/4 camt garam
150gm durian puree
1/4 camt esen durian - kalau tak ada guna pewarna kuning untuk dapatkan warna
50gm gula kastor
140gm tepung gandum

Bahan2 adunan putih telur:
6 biji putih telur
1/4 camt cream of tartar
100gm gula kastor

cara:

1. campurkan kesemua bahan2 kuning telur dan kacau sebati dengan menggunakan whisk
2. kemudian dengan menggunakan mixer pukul putih telur dan cream of tartar sambil dimasukkan gula sedikit demi sedikit. pukul sehingga kembang dan gebu
3. setelah itu kaupbalikkan adunan putih telur ke dalam adunan kuning telur sehingga sebati
4. tuangkan adunan tadi ke dalam tin kek dan bakar pada suhu 175C selama 45 min atau sehingga masak
5. biarkan kek betul2 sejuk barulah dikeluarkan dari tin kek dan potong. sedia untuk dihidangkan

source: aunty yochana

27 May 2008

Croutons

Bahan-bahan (4 cawan):
4 keping roti putih - lebih pun boleh
garam dan pepper secukup rasa - optional
serbuk bawang putih - optional
parutan parmesean cheese - optional

cara:
  • panaskan oven pada suhu 180C. lapikkan baking tray dengan cooking sheet dan ketepikan
  • buang tepi roti yang keras
  • kemudian potong 1/2 inci memanjang
  • setelah itu ambil setiap potongan tadi potong 1/2 inci bentuk kiub
  • taburkan ke atas baking tray yang telah di lapik dengan baking sheet dan bakar selama 10 min atau sehingga keperangan kedua2 belah
  • sentiasa terbalikkan supaya warna jadi sekata
  • keluarkan dari oven dan taburkan dengan garam/pepper/serbuk bawang putih atau parutan cheese jika suka
  • gaulkan rata
  • croutons ini bolehlah di makan bersama2 dengan salad atau soup
  • boleh disimpan di dalam bekas kedap udara atau simpan di dalam freezer
  • bila hendak digunakan bolehlah dipanaskan di dalam oven pada suhu 160C atau sehingga rangup

26 May 2008

Boiled chocolate cake

Bahan-bahan (8-10 potong):
2 cawan gula pasir
2 cawan air
4 camb serbuk koko kurang manis
1 camt soda bikarbonat
1 cawan (226gm) mentega
4 biji telur
3 cawan tepung naik sendiri

cara:

1. panaskan oven pada suhu 180C. griskan tin kek empat segi (9x13 inch) dan lapiskan dengan parchment paper. ketepikan
2. satukan kesemua bahan kecuali telur dan tepung ke dalam mangkuk tahan panas. masak sehingga mendidih selama 2-3 min sambil di kacau selalu. angkat dan ketepikan. biarkan sejuk
3. kemudian pukul sedikit telur dan tuangkan ke dalam adunan chocolate yang telah sejuk tadi dan kacau rata
4. setelah itu ayakkan tepung dan masukkan sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tidak berbentil
5. tapiskan adunan tadi ke dalam tin kek dan bakar selama 55-60 min
6. setelah masak bolehlah di biarkan sejuk

Bahan2 chocolate frosting:
1 cawan gula pasir
5 camb mentega
1/3 cawan susu segar
1 cawan chocolate chips kurang manis

cara:

1. satukan kesemua bahan kecuali chocolate chips ke dalam mangkuk tahan panas
2. masak sehingga mendidih dan semua bahan sebati
3. angkat dan taburkan chocolate chips sambil di kacau sehingga chocolate chips cair
4. tuangkan/sapukan ke atas kek yang telah disejukkan tadi
5. biarkan frosting keras sedikit sebelum dipotong dan dihidangkan

Vadai

Bahan-bahan:
250gm kacang dal
2 tangkai cili kering - hiris halus
1 tangkai daun kari - hiris halus
1/2 labu bawang besar - cincang halus
1 camt jintan manis biji
1/2 camt garam atau secukup rasa
minyak untuk menggoreng

cara:

1. rendam kacang dal selama lebih kurang 4 jam
2. setelah itu toskan sehingga kering
3. kemudian kisar kacang dal sehingga halus. tidak perlu letak air dan biarkan sekiranya kacang tidak hancur halus
4. keluarkan kacang dal yang telah dikisar tadi dan satukan dengan bahan2 lain kecuali minyak
5. gaulkan semua bahan sehingga sebati
6. kemudian ambil segenggam adunan tadi dan leperkan di atas tapak tangan (buat seperti di dalam gambar) yang telah dialas dengan plastik yang telah disapukan dengan sedikit minyak untuk mengelakkan dari melekat. lakukan sehingga habis adunan
7. susun di atas dulang beralas dengan plastik yang disapu dengan sedikit minyak
8. gorengkan di atas api yang sederhana besar sehingga keperangan tetapi jangan terlalu lama nanti vadai akan menjadi terlalu keras

source: dari dapur k.rinnchan

25 May 2008

Chocolate chip pancakes



Bahan-bahan (10 keping):
2 cawan tepung gandum
3 camt baking powder
2 camb gula kastor
1 1/2 cawan susu segar
2 biji telur
60gm mentega - dicairkan (masukkan dalam microwave selama 30 saat)
chocolate chips
extra mentega cair - for cooking
maple syrup, gula etc

cara:
  • ayakkan tepung gandum bersama2 dengan baking powder ke dalam mixing bowl
  • kemudian masukkan gula, kacau rata
  • ketepikan
  • di dalam mangkuk yang lain satukan susu, telur dan mentega cair
  • pukul dengan mengguna whisk dan tuangkan ke dalam adunan tepung
  • kacau sehingga sebati
  • tutupkan mangkuk dan biarkan selama 15 min
  • kemudian panaskan non-stick frying pan dengan api sederhana panas
  • sapukan dengan sedikit mentega cair dan tuangkan 1/3 cawan adunan
  • taburkan chocolate chips dan tunggu sehingga bubbles appear barulah di terbalikkan dan biarkan 2-3 min
  • setelah itu barulah diangkat dan hidangkan bersama2 dengan marple syrup, gula etc
  • buatlah sehingga adunan habis

23 May 2008

10 Tips to a Successful Stir-Fry

The cool thing about stir fry is that it's one of the most flexible meals you can make. You can pretty much toss in whatever combination of veggies, fish or meat that you have in the fridge and you're set!

As straightforward as making a stir fry is, here are some additional tips to get you rolling:

1. If you don't have a wok, don't freak out. You can use a big, flat-bottomed pan that gives the ingredients room to make contact with the heated surface.

2. There are different opinions on how high to keep the temperature, but you can opt for medium high because it gives you a little more time to cook without having to worry that everything will burn.

3. Always let the pan heat for a few minutes before putting ingredients in it. Two or 3 tablespoons of any vegetable oil is all you need, and give the oil at least a minute to heat up, too.

4. Stir-frying is quick and you're throwing things in the pan one after the other, so it's critical to make sure you have the ingredients chopped and at your fingertips. The last thing you want to do is start cutting onions while other ingredients are sitting over high heat.

5. Speaking of chopping, make sure all your ingredients are more or less the same size. A hunk of red pepper is going to take way longer to cook than a tiny minced onion. If you cut everything roughly the same size, it will all cook at about the same rate. Bite-sized pieces work best — you won't even have to use a knife while eating.

6. If your stir fry contains meat, chicken or fish, cook that first and then remove and set it aside on a plate when it's about 80 per cent done. Later, when your vegetables are done, just add your meat back in for the final heating. This will prevent the meat from getting over-cooked, and it will retain the flavor of your meat and not having everything in your stir fry tasting exactly the same.

7. Pay attention to your veggies before tossing 'em into the pan. Cook thicker and harder vegetables first, since they take longer. For example, tomatoes or thin slices of garlic will burn while sturdy carrots and broccoli are taking their time getting tender.

8. The key to stir fry is to keep it moving. Stir your ingredients continually in the pan with a wooden spatula. Veggies will need more tossing than meat, however.

9. Always serve the stir-fried dish immediately, since the bite-sized pieces cool down quickly.

10. You can always cook rice when you are making stir fry, because it complements the meal and gives your veggies and meat a nice bed to sit on. But, if you have no rice available, you will be just fine without it.

Chicken and broccoli stir fry

Bahan-bahan (hidangan 4 orang):
1 head of broccoli - size kecil, potong dan bersihkan
1 biji capcisum merah - dipotong dadu
2 tangkai daun bawang - dipotong 2"
3 keping chicken breasts - dipotong dadu
1/2 cawan stok ayam - dibahagi dua
2 camt kicap
1 camb tepung jagung
1 camb sos tiram
1 camt minyak bijan
1/3 camt cili kisar
3 camb minyak
3 camt bawang putih - dicincang
1 camb halia - dicincang
1/3 cawan gajus

cara:

1. campurkan 1/4 cawan stok ayam, kicap, tepung jagung, sos tiram, minyak bijan, cili kisar dan kacau sehingga sebati. ketepikan
2. sementara itu panaskan kuali dengan 1 1/2 camb minyak dan gorengkan ayam selama 3-4 min. ketepikan
3. setelah itu tumiskan bawang putih dan halia sehingga wangi
4. kemudian masukkan pula broccoli dan capcisum, kacau lagi selama 1 min. masukkan pula daun bawang dan kacau lagi
5. tuangkan 1/4 cawan stok ayam dan biarkan sehingga broccoli separuh masak
6. masukkan pula ayam yang telah digoreng tadi dan kacau sehingga sebati
7. setelah itu tuangkan campuran sos dan kacau sehingga ayam benar2 masak dan sebati
8. bolehlah ditaburkan dengan gajus dan sedia untuk dihidangkan

Grilled chicken

Bahan-bahan (hidangan 4 orang):
4 keping chicken breasts
3/4 camt garam
1 camb gula perang atau gula pasir
1/2 camt serbuk bawang putih
1/2 camt serbuk bawang

cara:

1. masukkan kesemua bahan kecuali ayam ke dalam mangkuk dan gaul rata
2. kemudian sapukan kepada kedua2 belah chicken breasts dan perapkan sekejap selama 10 min
3. sementara itu panaskan grill pan dan panggangkan ayam lebih kurang 4-5 min untuk each side atau sehingga masak
4. bolehlah dihidangkan bersama2 dengan salad atau prepare untuk sandwich

note: pastikan setiap keping chicken breast sama nipisnya. caranya ambil sekeping chicken breast tutupkan dengan cling film dan ketukkan

20 May 2008

Kuih serimuka jagung

Bahan-bahan:
Bahan lapisan bawah:

1 cawan pulut - rendamkan 3 jam
1 cawan jagung hiris
2 1/2 cawan santan cair
1 sudu kecil garam

Bahan lapisan atas:
1 cawan santan pekat + jus pandan + warna hijau
3 sudu besar gula
3 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung kastad
1 biji telur
1 sudu kecil garam

cara:

1. bahan lapisan bawah: kukuskan semua bahan sehingga masak. sapukan minyak sikit dalam loyang lain dan tekankan pulut dan jagung yang telah masak tadi. kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas

2. bahan lapisan atas: gaul rata semua bahan dan tapis. tuangkan perlahan-lahan atas pulut yg telah dicakar2kan sikit. kukuskan lebih kurang 30 minit.4. sejukkan dahulu baru potong

source: k.hanieliza

Ayam pedas madu berempah

Bahan-bahan:
6 ketul ayam
4 sudu besar cili kisar
5 ulas bawang merah - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
2cm halia - tumbuk
1 batang serai - ketuk
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu besar rempah kari ayam/daging
1 sudu makan cuka makan
2 sudu besar sos cili
3 sudu besar madu
2 sudu besar gula
garam secukup rasa
4 sudu besar minyak untuk menumis

cara:

1. ayam digaul dengan serbuk kunyit, garam dan rempah kari. goreng kekuningan dan ketepikan
2. panaskan minyak dan tumiskan bahan2 tumbuk dan serai hingga wangi
3. setelah itu masukkan pula cili kisar dan kacau rata
4. kemudian masukkan serbuk ketumbar dan jintan manis, gaul sebentar. setelah itu masukkan ayam yang telah digoreng tadi, cuka, sos cili, madu, gula dan garam secukup rasa
5. gaulkan kesemua bahan sehingga sebati dengan rempahnya
6. bolehlah dihidangkan bersama dengan nasi

source: dari dapur ummi, pahang

18 May 2008

Finger buns

Bahan-bahan (12 biji bergantung pada size):
490gm (3 1/4 cawan) tepung gandum atau tepung roti
70gm (1/3 cawan) gula kastor
30gm (1/4 cawan) susu tepung
2 camt (7gm) yis
65gm (1/3 cawan) sultanas / mixed fruits
50gm mentega - dicairkan
1 biji telur - dipukul sedikit
310ml (1 1/4 cawan) air suam
sedikit tepung untuk mengguli

1 biji telur kuning + 1 camb air - untuk sapuan atas roti
hundreds and thousands, dessicated coconut atau melted chocolate - untuk deco atas roti

Bahan2 icing:
230gm (1 1/2 cawan) gula aising
15gm mentega tanpa garam - dicairkan
3-4 camt air
2 titik pewarna merah

cara:

1. ayakkan tepung gandum (kalau guna tepung roti tidak payah ayak). masukkan gula, tepung susu, yis dan sultanas. kacau rata
2. buat lubang di tengah2 tuangkan mentega cair, telur dan air. kacau sehingga sebati sambil diuli dengan tangan. uli doh sehingga elastik dan tidak melekat di tangan lebih kurang 5-10 min
3. kemudian bentukkan doh menjadi bulat dan masukkan ke dalam mangkuk yang telah digris terlebih dahulu dengan sedikit minyak. tutup mangkuk dengan kain lembab atau cling film dan biarkan doh naik 2 kali ganda lebih kurang 45min - 1 jam
4. kaedah lain, masukkan kesemua bahan ke dalam bread machine dan tekan setting doh. biarkan doh siap dalam 1 1/2 jam
5. setelah doh naik keluarkan dan tumbuk2kan doh supaya keluarkan angin. bahagikan doh kepada 12 biji dan rollkan setiap satu seperti bentuk sausage sepanjang 14 cm. ulangi sehingga habis
6. kemudian susunkan setiap satu ke atas tray yang telah dialas dengan parchment paper atau digris. jarakkan 5cm di antara satu dan biarkan ianya naik sekali lagi dalam 20-25 min
7. setelah doh naik sapukan dengan kuning telur yang telah dicampurkan dengan air dan bakar pada suhu 190C selama 12-15 min atau sehingga keperangan
8. untuk membuat aising: satukan gula aising, mentega cair dan air, kacau sehingga sebati. masukkan 2 titik pewarna merah dan kacau lagi. setelah itu sapukan ke atas roti yang telah dibakar dan taburkan bahan2 deco
9. hidangkan ketika masih lagi suam

17 May 2008

Blueberry and vanilla cake



Bahan-bahan (serves 10):
1 cawan extra light olive oil
3 biji telur
3/4 cawan gula kastor
3 camt esen vanila
2 cawan tepung naik sendiri - ayak
3/4 cawan susu segar
1 cawan frozen blueberries
plain yogurt and icing sugar mixture - to serve (optional)

cara:

1. panaskan oven pada suhu 160C
2. griskan 6cm deep, 19cm square cake pan dan letakkan 2 layers baking paper. ketepikan
3. satukan olive oil, telur, gula dan esen vanila di dalam mixing bowl dan pukul dengan menggunakan whisk sehingga sebati
4. masukkan separuh tepung dan separuh susu ke dalam adunan. kacau rata. ulangi proses sehingga habis (tepung-susu-tepung-susu)
5. taburkan blueberries ke dalam adunan dan kaupbalikkan supaya sebati
6. setelah itu tuangkan adunan tadi ke dalam cake pan dan bakar selama 1 jam 10 min atau sehingga masak
7. biarkan sejuk sebelum di potong dan taburkan icing sugar ke atasnya. hidangkan bersama2 dengan yogurt kalau suka

note: senang dibuat dan kek memang very moist

16 May 2008

Bun cokelat



Bahan-bahan:
500gm tepung roti
30gm susu tepung
20gm serbuk koko
100gm gula pasir
1 paket yis (11gm)
1 camt bread improver - optional
1 biji telur
1/2 camt garam
250ml air
80gm marjerin/butter

cara:

1. masukkan kesemua bahan ke dalam bread maker dan tekankan setting doh. tunggu sehingga siap dalam 1 1/2 jam
2. kemudian keluarkan doh tadi dari BM dan masukkan ke dalam mangkuk sambil di tumbuk2 untuk mengeluarkan angin
3. setelah itu bahagikan doh seberat 20gm setiap satu sambil dibentuk bulat. ulangi sehingga habis
4. susunkan doh tadi ke dalam loyang dengan jarak 1 jari setiap satu dan tutupkan dengan kain lembab atau cling film. biarkan doh naik sekali lagi dalam lebih kurang 45 min atau 1 jam. lebihkan masa jika doh tidak begitu naik
5. sapukan doh dengan kuning telur atau susu segar dan bakar pada suhu 200C selama 25 min
6. setelah masak cepat2 sapukan marjerin di atas permukaan roti supaya kelihatan berkilat dan biarkan sejuk di atas wire rack
7. kaedah lain: uli semua bahan sehingga elastik dan tidak melekat di jari. buatkan bentuk bulat dan letakkan di dalam mangkuk yang telah digris terlebih dahulu. tutupkan mangkuk dengan kain lembab atau cling film dan biarkan doh naik dua kali ganda selama 45 atau 1 jam. setelah itu ikuti step no. 2 ke bawah sehingga habis

source: k.hanieliza

13 May 2008

Ice cream cones


Bahan-bahan (8 cones):
2 biji telur size besar
1/2 cawan (100gm) gula pasir
4 camb (57gm) mentega tanpa garam - dicairkan & biarkan sejuk pada suhu bilik
2-3 camb susu segar
1/2 camt esen vanila
1/3 cawan (50gm) tepung gandum (all purpose flour)
1/8 camt garam
minyak - untuk sapuan pada kuali non-stick

cara:

1. pukul telur dan gula sehingga kembang dan gebu
2. setelah itu tuangkan mentega cair, susu dan esen vanila sambil dipukul
3. kemudian masukkan tepung dan garam. pukul sehingga sebati
4. adunan mestilah cair dan tidak pekat. boleh ditambahkan susu segar sekiranya adunan terlalu pekat
5. panaskan non-stick pan ukuran 20-23cm. sapukan sedikit minyak dan tuangkan adunan 3-4 camb. pusing kuali dalam bentuk membulat supaya adunan menjadi nipis
6. masak hingga keemasan dalam 3-4 min untuk kedua2 belah kemudian angkat keluarkan dari pan dan gulungkannya seperti bentuk cones. ianya hendaklah dilakukan dengan pantas kerana cones tadi cepat keras dan mudah pecah
8. lakukan proses ini sehingga habis adunan tadi

note: proses membuat ice-cream cones nie kenalah practice banyak kali. kalau boleh gunakan silicone spatula untuk membalikkan adunan. proses ini hendaklah dilakukan dengan perlahan supaya ianya tidak terbelah dua. hati2 apabila membalik2kannya kerana panas. simpan di dalam bekas kedap udara supaya tidak lemau

Vanilla ice-cream

Bahan-bahan:
225ml susu segar (full cream milk)
135gm gula pasir
500ml whipping atau double cream
1/8 camt garam
1 camt esen vanila
parutan lemon - optional

cara:
  • masukkan 250ml whipping/double cream ke dalam mangkuk tahan panas dan kacau sehingga panas
  • setelah itu masukkan pula gula dan kacau lagi sehingga gula betul2 larut
  • matikan api dan angkat
  • ketepikan
  • kemudian tuangkan 250ml cream, susu dan esen vanila sambil dikacau rata
  • tuangkan ke dalam bekas kedap udara/tupperware dan simpan di dalam freezer selama 3 jam
  • apabila tepi ice-cream keras sedikit keluarkan dan pukul dengan mengguna mixer selama 5 min
  • simpan semula ke dalam freezer dan ulangi proses ini sebanyak 3-4 kali untuk menghasilkan texture ice-cream yang lembut dan cantik
  • taburkan parutan lemon apabila dihidangkan

note: cara2 di atas utk yang tiada ice-cream maker. kalau ada ice-cream maker setelah disimpan selama 3 jam pertama keluarkan dan masukkan ke dalam ice-cream maker

10 May 2008

How to Cook With Less Mess

Some days you might wonder whether cooking is worth all the effort. Sure, you can put a great meal on the table, but your kitchen can end up looking like a cyclone hit it, with a trail dirty dishes, pots and silverware. You might think to yourself - It’s going to take longer to clean up than to eat!

The key to keeping things tidy while cooking is to clean up as you go.

Here are some tips:

1. Measure ingredients over the sink and put away each ingredient right after you’ve used it, so that the counter isn't cluttered with packages. When making dishes like stir fries, it’s important to get all the ingredients measured and ready before you turn on the stove.

2. If you use a spoon or measuring cup, quickly give it a rinse or stick it in the dishwasher. It’s also not a bad idea to fill one sink halfway with warm, soapy water so you have a place to put used dishes and utensils.

3. Wipe up spills on the counter as they happen. That keeps your counters from turning into a mess that will only be harder to clean up later. Plus, it immediately opens up counter space.

4. Keep a spray bottle of water mixed with dishwashing liquid handy for counter spills.

5. Store often-used ingredients and kitchenware in easy-to-reach places and clean out your kitchen cuboards and refrigerator periodically. Then there's no need to empty an entire cabinet to find what you need.

Use fewer dishes:

1. One way you cut down on mess is by using paper plates to hold ingredients as you prepare them. You might use one to hold chopped onions, for example, then just toss it once they’ve been added to the pot — so there’s nothing to wash.

2. If you need to peel some potatoes or carrots, you do it right over the garbage pail so all the mess goes directly where it’s supposed to. Peeling shrimp? That bag that they came in is exactly where you put the shells and then out it goes without having to use an extra plate.

3. Whenever possible, line baking pans and dishes with tin foil so that you're not stuck scrubbing a stuck-on mess. Tin foil really helps minimize the mess when baking fish, meat or roasting vegetables. If you do end up with a stuck-on mess, soaking the pan or dish in hot, soapy water will make it much easier to clean.

4. On days when you’re really pressed for time, stick to simple meals that don’t require a lot of pots and pans. Look for recipes where all the ingredients are cooked in one pot or dish, like soups, stews and hearty salads.

5. Divide your work: If you’re planning a big meal with lots of courses, decide what you can do the night before. This will minimize the work and mess while you’re juggling a bunch of plates at meal time. If you're serving a green bean casserole, for example, wash, remove the tips and halve the beans the night before. Then leave them sitting in the fridge, until ready to cook them.

Reduce counter-top clutter

1. This makes it much easier to clean up your kitchen. If you have decorative items, a bunch of small appliances, a dish drainer and cooking utensils on your counters, there’s a lot going on! If you’ve got to lift up all that stuff to keep things clean, you’re working too hard. The rule is to have no appliances on the counter (or just one if you use it daily, like the toaster). You only take appliances out when you need them.

2. Don’t like put utensils out in the open, collecting dust and spattered grease. Put your utensils in the drawer closest to your stove, so you have easy access. They don’t have to be on your counter, eating up valuable real estate.

3. If you’ve got a small kitchen, resist the urge to buy a pile of kitchen gadgets. It might seem like high-powered appliances, with all kinds of bells and whistles, will save time in the kitchen. But remember that these contraptions and all their attachments have to be cleaned after each use.

7 May 2008

Daging lada hitam

Bahan-bahan:
500gm daging lembu - dipotong kecil dan nipis
2 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar tepung jagung - dibancuh dengan
1 cawan air
2 sudu besar lada hitam - ditumbuk
3 sudu besar minyak untuk menumis
garam secukup rasa

Bahan2 tumis (dimayang/hiriskan):
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 labu bawang besar

Bahan2 hiasan:
2 tangkai daun sup - dipotong 1 inci
2 tangkai daun bawang - dipotong 1 inci
1 biji buah tomato - dibelah 6
2 biji cili merah
2 biji cili hijau

cara:

1. panaskan minyak dan tumiskan bahan2 tumis sehingga wangi dan layu
2. masukkan daging dan gorengkan sehingga daging lembut
3. masukkan bancuhan air tepung jagung dan kicap pekat
4. masakkan sehingga pekat dan masukkan bahan2 hiasan
5. angkat dan hidangkan dengan nasi

note: daging boleh jugak direbus terlebih dahulu dan dihiris nipis2. air rebusan daging boleh dijadikan stok untuk kuah

source: k.hanieliza

Ayam tandoori resepi II

Bahan-bahan:
Bahan2 perap 1:
1 sudu teh garam
1 sudu teh bawang putih - dicincang
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh serbuk cili
1/4 sudu teh serbuk lada sulah
1 1/2 sudu teh jus lemon

Bahan2 perap 2:
1 sudu teh halia - dicincang/tumbuk
1 sudu teh cuka
4 sudu makan yogurt
1 sudu makan daun ketumbar - dihiris halus
1 sudu makan daun pudina - dihiris halus
1 sudu makan jintan
1/2 sudu teh garam
1/4 sudu teh serbuk kulit kayu manis
1/3 sudu teh serbuk buah pelaga
sedikit pewarna merah

4 keping kaki ayam

cara:

1. ayam dikelar2 dan diperap selama 3 jam dengan bahan perap 1
2. setelah 3 jam, lumur ayam dengan bahan2 perap 2 selama 6 jam atau semalaman
3. kemudian ayam tadi di panggang pada suhu 170C selama 60 min
4. setelah masak bolehlah dihidangkan dan diperah dengan jus lemon kalau suke
5. enak dimakan dengan roti naan

4 May 2008

Apam mekar



Bahan-bahan:
250gm gula
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
200ml susu segar
300gm tepung gandum
1 sudu kecil ovalett
sedikit pewarna merah dan hijau
muffin cup cases

cara:

1. panaskan kukusan
2. pukul gula dan telur sehingga kembang dan gebu
3. masukkan esen vanila dan pukul lagi
4. setelah itu masukkan pula tepung gandum, susu dan ovalett. pukul lagi sehingga gebu
5. bahagikan adunan kepada 3 mangkuk
6. masukkan pewarna hijau dan merah ke dalam mangkuk yang berasingan
7. masukkan adunan dalam piping bag untuk setiap warna yang berlainan
8. picitkan serba sedikit setiap warna ke dalam muffin cup cases
9. letakkan muffin cup cases ke dalam acuan apam dan kukus selama 15 min
10.setelah masak keluarkan dari kukus dan hidangkan

source: k.hanieliza

Ayam sosha istimewa

Bahan-bahan:
1 ekor ayam - buang kulit dan segala lemaknya dan potong 12, lumurkan ayam dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. goreng lembab 1/2 masak
1/2 jari kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
3 kuntuk bunga cengkih
3 sudu makan lada kering kisar
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1 tin kecil tomato puree
1/2 cawan tomato sos
1/2 cawan hirisan daun pudina
1/2 cawan hirisan daun ketumbar
sedikit madu atau gula pasir
2 biji buah tomato - dibelah 4
1 biji buah tomato - dihiris untuk hiasan
1/2 kg bawang kecil - dijadikan bawang goreng
1/2 cawan kismis - digoreng dan diketepikan
1/2 cawan gajus - digoreng dan diketepikan
sedikit kacang peas, hirisan daun pudina/daun ketumbar - untuk tabur
sedikit minyak dan garam

Bahan2 kisar:
1/2 jari halia
5 biji bawang putih
10 biji bawang merah

cara:

1. panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih hingga wangi
2. masukkan lada kisar dan tumis lagi hingga cantik
3. setelah itu masukkan pula bahan2 kisar dan tumis hingga garing
4. barulah dimasukkan serbuk kunyit
5. kacau rata sehingga cantik warnanya. barulah dimasukkan tomato puree dan tomato sos, balik2kan
6. masukkan pula 3/4 bahagian daun pudina dan daun ketumbar - tinggalkan sedikit untuk tabur
7. tuang sedikit air. masukkan juga buah tomato yang dibelah 4, gula/madu dan sedikit garam. masaklah sehingga pekat. bila agak pekat tuang sedikit air
8. masukkan kismis goreng, gaul rata. masukkan pula bawang goreng
9. gaul sehingga rata. barulah dimasukkan ayam goreng. gaul supaya ayam dan rempah bergaul rata
10. biarkan mendidih sehingga ayamnya empuk dan lembut. masak lama sedikit, supaya rempahnya meresap. bila ayamnya sudah masak barulah dimasukkan gajus goreng
11. gaul sampai rata. semasa menghidang, tabur hirisan daun pudina/daun ketumbar, hirisan tomato dan kacang peas
12. enak disajikan dengan nasi minyak ataupun nasi beriani. sebaik2nya masak hari ini dan hidangkan pada keesokan hari

3 May 2008

Honey

Nature’s ‘liquid gold’ creates a buzz in the kitchen. Explore different types of honey and their uses.

Honey was the main sweetener before sugar cane was introduced. Well known for its medicinal powers, honey's use in cooking is irreplaceable.

This sweet, sticky, gold liquid is made from the nectar collected by the honeybee from flowers. The bee collects the liquid nectar with its tongue and stores it in the hive. Worker bees add enzymes to the nectar and transfer it to the honeycomb. During this process, water is added and the nectar becomes honey.

Varieties
There are many varieties of honey available, from single-flower sources, such as clover or bluegum, to herb-flower varieties, such as lavender and fennel.

All-purpose regular honey is generally mild-flavoured. It is blended to achieve consistency in flavour, colour and texture.

Leatherwood honey is deep golden and is available in both its natural form and creamed. Unblended leatherwood honey has a unique spicy flavour and smell, quite different from that of regular honey.

Yellowbox honey is widely regarded as Australia's premium honey. It's an all-purpose, mild-flavoured honey, great for sweet baking and savoury glazes, marinades or stir-fries.

Manuka honey is produced from flowers of the manuka bush, which is indigenous to New Zealand. Not only delicious to eat, manuka honey is renowned as a natural remedy for an array of ailments.

Creamed honey is pure honey with nothing added. Its thick, 'candied' texture is due to controlled crystallisation. Packaged creamed honey can be hard to use once it has set in the jar. To soften, microwave, uncovered, on MEDIUM (50%) for 20 to 40 seconds.

Honeycomb, one of the purest foods available, contains honey in an edible wax which has immunity-boosting properties.

Cooking

Use a mild honey for pastry cooking. Stronger varieties, such as leatherwood, are good in syrups for poaching fruit. Darker honey, such as clover, suits Christmas puddings, slices and fruit loaves.
To make a quick topping, warm honey and add a little ground nutmeg or cinnamon. Spread over toast, drizzle over pancakes, waffles or ice-cream, or swirl through thick, plain yoghurt.

To make a honey and soy dressing for Asian-style salads, combine 1/3 cup peanut oil, 2 tablespoons soy sauce, juice from 1 lime, 2 tablespoons honey and 1 crushed garlic clove in a screw-top jar. Secure the lid and shake well.

2 May 2008

Pulut serikaya


Bahan-bahan:
Lapisan bawah:
2 cawan pulut
2 1/2 cawan santan cair + sedikit garam

Lapisan atas:
2 cawan santan pekat
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan tepung gandum
2 camb tepung jagung
3 biji telur
1 camt garam

cara:

1. lapisan bawah: basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak
2. sapukan sedikit minyak di dalam loyang
3. masukkan pulut, santan, garam dan gaulkan sebati. kukuskan sehingga masak
4. setelah itu keluarkan loyang dari kukus dan tekan2kan pulut tadi supaya mampat dan cantik
5. lapisan atas: masukkan semua bahan dalam mangkuk dan kacau rata. tapiskan
6. masakkan sekejap sehingga naik wap. tuangkan perlahan2 ke atas pulut tadi dan kukuskan lebih kurang 20 min
7. sejukkan dahulu sebelum dipotong dan dihidangkan

note: untuk mendapatkan lapisan atas kelihatan cantik, balutkan penutup loyang dengan kain supaya air wap tidak menitik di atas adunan

source: k. hanieliza
Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin