Pages

16 June 2008

Beriani daging resepi II

Bahan-bahan:
1kg daging lembu atau kambing - dipotong ikut suka
1 sudu besar pes halia dan bawang putih
4 tangkai lada hijau - dikisar
4 tangkai lada merah - dikisar
1 cawan yogurt/tairu
150gm minyak sapi/minyak sayur/minyak jagung
4 sudu makan rempah beriani
1 tin kecil tomato paste atau puree
4 biji buah tomato - dihiris
1 cawan bawang goreng
1/2 cawan badam kisar - digaul sedikit dengan air supaya menjadi pes
4 cawan air
sedikit daun pudina dan daun ketumbar - dihiris
garam dan gula secukup rasa

Bahan2 untuk ditumis:
3 labu bawang besar - dihiris
4 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis

cara:

1. gaulkan daging dengan pes bawang putih, halia dan cili kisar. ketepikan selama 15 min
2. panaskan minyak, masukkan bahan2 untuk menumis. kacau sehingga bawang garing
3. kemudian masukkan daging dan gaul lagi supaya sebati
4. masukkan pula rempah beriani, tomato puree, daun pudina, daun ketumbar, buah tomato dan bawang goreng
5. tumis hingga bangkit baunya. tuangkan pula yogurt dan air, tutup periuk dan biarkan sehingga daing empuk sambil dikacau sekali sekala
6. bila kuahnya tinggal separuh sahaja, kecilkan api dan masak sehingga kuahnya pekat
7. akhir sekali masukkan badam, garam dan gula secukup rasa. masak lagi hingga mendapat kepekatan yang diinginkan dan sehingga daging betul2 empuk
8. bolehlah dihidangkan bersama2 dengan nasi beriani atau nasi tomato

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin