Pages

15 May 2010

Blueberry finger bun


Bahan-bahan (22 biji):
380gm tepung roti
3 sudu besar susu tepung
80gm gula kastor
3 sudu kecil yis
1 biji telur
100ml air
100gm water roux
30gm butter
30gm shortening

bahan2 topping:
blueberry filling - dikisar halus
atau kastard

cara:
  • masukkan semua bahan ke dalam breadmaker dan tekankan untuk setting dough
  • tunggu sehingga 1 1/2 jam
  • selepas siap keluarkan dari BM dan letakkan doh di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
  • tumbuk2kan doh tadi untuk mengeluarkan angin
  • bahagikan doh kepada 22 bahagian dengan setiap satu seberat 55/60gm
  • bentukkan setiap satu menjadi bulat yang kecil dan rehatkan selama 15 min
  • ambil satu doh tadi dan canaikan menjadi bentuk rectangular lebih kurang 4 atau 5 ini panjang
  • kemudian gulungkan doh tadi seperti swiss roll dan susunkan ke dalam loyang yang telah digriskan terlebih dahulu
  • lakukan sehingga habis
  • selepas itu biarkan ianya naik dua kali ganda lebih kurang 45 min atau 1 jam
  • kemudian spraykan dengan sedikit air di atas permukaan doh2 tadi supaya ianya tidak terlalu kering ketika proses membakar
  • picitkan bluberry filling/kastard ke atasnya dan bakar pada suhu 180C selama 15-25 min atau sehingga masak dan keperangan
  • keluarkan dari oven dan sapukan dengan sedikit olive oil atau butter supaya permukaan roti sentiasa lembut

source: k.nor, secubit garam

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin