Pages

8 May 2010

Cinnamon hot dog spicy bun


Bahan-bahan (16 biji):
500gm tepung roti
95gm gula kastor
1 camt garam
14gm (4 1/2 camt) yis
50gm mentega/marjerin
45gm shortening/minyak sayur
2 camt susu pekat manis
1 biji telur
210gm air

bahan2 isian/hiasan:
16 biji hot dog/sosej
serbuk kulit kayu manis
serbuk kari
mayonnaise
daun bawang - dipotong halus
susu sejat/egg wash - untuk sapuan

cara:
  • masukkan semua bahan ke dalam breadmaker dan tekankan untuk setting dough
  • tunggu sehingga lebih kurang 1 1/2 jam bergantung pada jenis BM masing2
  • setelah siap keluarkan doh dan letakkan di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
  • tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin
  • kemudian bentukkan menjadi bulat yang besar dan rehatkan selama 15 min
  • potongkan doh menjadi 16 bahagian dengan satu seberat 60gm
  • ambil satu doh tadi dan bentukkan menjadi bulat dan lakukan sehingga habis
  • rehatkan sekejap selama 10 min
  • ambil satu doh dan canaikan menjadi bentuk rectangular
  • kemudian ambil satu hot dog dan letakkan di tengah2 doh tadi
  • potong di setiap kiri dan kanan sebanyak 5 potongan (lihat cara di sini)
  • lipatkan berselang-seli dan tekankan sedikit dipenghujung lipatan supaya ianya tidak terbuka
  • lakukan sehingga habis dan susunkan ke atas loyang yang telah digriskan terlebih dahulu
  • biarkan doh naik dua kali ganda selama 45 min ke 1 jam
  • jika berada di negara 4 musim bolehlah di letakkan loyang tadi di dalam oven dan letakkan dua cawan air panas (tidak perlu ON kan oven)
  • sementara itu bolehlah dicampurkan serbuk kari dan serbuk kulit kayu manis
  • gaulkan rata dan ketepikan
  • setelah itu sapukan permukaan doh dengan susu sejat/egg wash, taburkan campuran serbuk tadi, pipekan mayonnaise dan taburkan dengan daun bawang
  • bakar pada suhu 180C selama 15 min atau sehingga masak dan keperangan

source: citarasawan, myr (cara diubahsuai)

6 comments:

Sari Yusa Ibrahim said...

berseninya roti tu.. tentu sedapkan..

indahhouse said...

salam kak noreen,
bestnya roti. cantik sanggulnya kak.
Happy mother's day,kak. Moga ceria selalu :)

noreen said...

salam sari ... mmg sedap dan lembut walaupun dah 2 hari tak rugi mencuba

noreen said...

salam indahhouse ... thanks and hepi mother's day to you too ... sori i'm not a mum yet but will be soon

Ummi said...

Noreen...cantiknya Noreen dandan roti tuh..kemas jek...kalau ummi harus longar2 gitu..cantik lah..bila ada masa nk buat ntah..hehe

noreen said...

ummi ... roti nie kan mmg lembut sesgt lepas 5 hari pun still lembut noreen nak jadikan resepi doh as a basic taw sbb roti tahan lame ... asben yg tak berapa suke makan roti pun doh baham jugak

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin