Pages

15 May 2010

Ayam masak tomato

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam - dipotong kecil
4 sudu besar sos tomato
3 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos tiram
1 labu bawang besar - dipotong bulat
2 biji cili hijau - dihiris
1 biji buah tomato - dipotong berbaji

bahan2 tumbuk/kisar:
3 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
1 inci halia


cara:
  • gaulkan ayam dengan garam dan serbuk kunyit
  • gorengkan sehingga separuh masak
  • angkat dan ketepikan
  • panaskan sedikit minyak
  • tumiskan bahan2 tumbuk/kisar sehingga naik bau dan kekuningan
  • masukkan cili kisar dan kacau sehingga pecah minyak
  • kemudian masukkan ayam goreng tadi dan kesemua sos
  • kacaukan rata selama 5 min
  • masukkan bawang besar, cili hijau, buah tomato dan kacau rata
  • akhir sekali masukkan garam dan perasa jika perlu
  • angkat dan hidangkan

source: k.ida, 1001

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin