Pages

31 July 2010

Muffin cokelat kukus

Bahan-bahan (16 biji bergantung pada saiz):
250gm tepung superfine/tepung halus/tepung kek
75gm serbuk koko
1 camt soda bikarbonat
secubit garam
250gm mentega - pada suhu bilik
350gm gula aising
3 biji telur
1 cawan air panas

papercups secukupnya

cara:
  • ayakkan tepung, serbuk koko, soda bikarbonat, garam dan ketepikan
  • pukul mentega dan gula aising sehingga kembang
  • masukkan telur satu persatu sambil dipukul lagi sehingga sebati
  • kemudian masukkan tepung berselang-seli dengan air panas sebanyak 3 kali sambil dipukul atau dikaupbalikkan sehingga sebati
  • tuangkan 3/4 penuh adunan ke dalam papercups dan kukus selama 15-20 min atau sehingga masak
  • hidangkan

source: chef zubaidah

3 comments:

Ateh Nour said...

Assalamualaikum,
Beh resipi ni, saya suka muffin cokelat...

noreen said...

salam lipislady - resepi nie mudah n muffin pun gebu n lembut sedap makan

Anonymous said...

askum
nak tny kepekatan adunan muffin ni mcm mn yer?dlm resepi ckp 1 cup hot water ja...so dia tk brp cair la kot??

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin