Pages

3 February 2008

Trim pastry

Pastry will shrink during cooking, so correct trimming is a must.

Step 1: Measure the sides and base of your tart pan. Roll pastry out 2cm larger than this measurement (this will allow a good excess).

Step 2: Line tart pan with pastry. Using kitchen scissors, trim excess pastry so it sits 0.5cm above the edge. Freeze until almost frozen through.

Step 3: Bake until light golden (if filling and baking again) or until deeper golden (if cooling and serving with chilled filling).

2 February 2008

Fruit & custard tartlets


memang dah lame dok cari resepi nie bila nengok mak daro buek den pun rase teruje je. tima kacih kak rinn

Bahan-bahan:
250gm mentega - suhu bilik
120gm gula aising
2 biji kuning telur
440gm tepung gandum - diayak
1 camt esen vanila

custard filling:
2 camb tepung gandum
2 camb tepung kastard atau tepung jagung
8 camb gula kastor
2 cawan (500ml) susu segar
2 biji telur
2 camb (30gm) mentega

cara:

1. griskan dulu acuan tartlet dan susunkan ke atas baking tray
2. untuk pastri: adunkan semua bahan hingga menjadi doh. gelek di atas papan pencanai setebal 5mm
3. setelah itu ambil pastry cutter tekapkan ke atas doh tadi dan tekapkan pula ke dalam acuan
4. tekan sedikit untuk memasukkan doh tersebut dan trimkan dengan pisau atau gunting di tepinya
5. panaskan oven pada suhu 175C
6. cucukkan dengan garpu di tengah2 doh lalu bakar selama 20 min atau sehingga kekuningan
7. kelurkan dari oven dan tunggu hingga sejuk sebelum menanggalkan pastri dari acuan
8. untuk custard: campurkan tepung gandum, tepung kastard dan gula di dalam mangkuk. campurkan pula 2 camb susu daripada 500ml susu tadi dan kacau rata
9. masukkan telur sebiji2 dan gaul rata lagi. setelah itu tuangkan kesemua susu tadi dan kacau lagi hingga larut
10. kacau adunan ini di atas api yang kecil hingga agak kental. adunan ini mesti sentiasa dikacau supaya tidak berbentil2. boleh jugak memasukkan di dalam microwave dengan suhu tinggi hingga pekat dan buka microwave sesekali lalu kacau supaya tidak berbentil2
11. apabila tampak likat, keluarkan dan masukkan mentega lalu kacau hingga sebati. biarkan kastard sejuk dahulu sebelum di masukkan sedikit ke dalam pastri yang telah dibakar tadi
12. setelah itu bolehlah dihiaskan dengan buah2an kegemaran seperti strawberi, kiwi dan peach
13. tartlets ini bolehlah disimpan di dalam fridge untuk tahan dalam masa 3 hari

Orange butterfly cakes

Bahan-bahan (6 biji seperti size di dalam gambar):
175gm tepung naik sendiri
secubit garam
110gm mentega - suhu bilik
110gm gula kastor
2 biji telur
1 camb jus orange
parutan kulit orange - dari 1 biji orange

Curd filling:
parutan kulit orange dan jus - dari 1 biji orange size kecil
jus lemon - dari 1/2 biji
40gm gula kastor
2 biji telur
50gm mentega tanpa garam

gula aising - untuk di taburkan ke atas cake

cara:

1. panaskan oven pada suhu 190C. susunkan muffin paper cases ke dalam muffin pan dan ketepikan
2. untuk membuat curd filling: masukkan 4 bahan pertama ke dalam mangkuk dan whiskkan sehingga sebati. selepas itu masukkan mentega ke dalamnya dan masak secara kaedah double boiler. kacau sentiasa dalam 10-15 min atau sehingga curd filling menjadi pekat. selepas itu ketepikan dan biarkan sejuk atau boleh juga disimpan di dalam fridge sementara menunggu cake siap
3. untuk cake: masukkan kesemua bahan2 dan pukul sehingga gebu dan sebati dalam 1-2 min
4. setelah itu masukkan adunan tadi ke dalam muffin cup dan bakar selama 15-20 min atau sehingga masak. sebelum itu hentakkan sikit muffin pan dan barulah dimasukkan ke dalam oven 5. apabila sudah masak keluarkan dari oven dan letakkan ke atas wire rack dan biarkan ianya sejuk pada suhu bili
6. setelah itu potong permukaan atas cake tadi dalam 1/2 inci (1cm) dan potong dua. ambil curd filling tadi dan sapukan ke atasnya. setelah itu ambil pula dua keping potongan cake yg telah di potong dua dan letakkan ke atas curd filling tadi seolah2 seperti butterfly wings
7. taburkan sedikit gula aising ke atas cake sebelum dihidangkan

1 February 2008

Spaghetti with prawns in a creamy tomato sauce

Bahan-bahan (4 org):
500gm cooked prawn - ataupun di rebus sekejap dengan air panas dan tapiskan airnya
600gm cherry tomatoes
2-3 batang daun bawang - dicincang halus
1 biji cili merah - buangkan biji dan dicincang halus
1 ulas bawang putih - dicincang
sea salt & pepper secukupnya
500gm spaghetti
1 camb olive oil
200ml double cream - yg nie agak2lah kalau nak kuah lebih
segenggam daun basil - dicincang halus

cara:

1. masukkan tomato, daun bawang, cili, bawang putih dan olive oil ke dalam kuali dan masakkan dengan api yg sederhana besar sehingga tomato menjadi lembut. selepas itu masukkan pepper dan kacau sebati sehingga lembut
2. sementara itu panaskan air dlm periuk dan letakkan sedikit garam dan sedikit olive oil. rebuskan spaghetti sehingga lembut. setelah itu toskan spaghetti dan ketepikan sementara menunggu sos masak
3. setelah tomato tadi menjadi lembut bolehlah di masukkan udang, cream dan daun basil. kacau
sehingga sebati dan bolehlah di masukkan pula sea salt dan kacau lagi dalam beberapa minit sebelum dituangkan ke atas spaghetti
4. bolehlah dihidangkan panas2

Cut a cake in half horizontal

Cutting a cake in half evenly can be difficult. Here are two tricks to help you get a good result every time.

Step 1: Wrap kitchen string around the cake. Cross the ends and tighten until a mark, that you can use as a guide, is left on the cake

Step 2: To make the mark easier to see from above, insert toothpicks at intervals along the mark - you'll use these as a guide as you cut

Step 3: Place the cake on a cake stand to raise it slightly. Holding the top firmly, use a large serrated knife to carefully cut it in half
Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin