500gm beras basmathi - cuci bersih dan rendamkan selama 10-15 min dan toskan
air secukupnya - 1 cawan beras = 1 cawan air
1 helai daun pandan - disimpulkan
1/2 kg ayam - dibuangkan segala lemak dan potongkan 5 keping
3 labu bawang besar - didadukan
4 ulas bawang putih - dicincang
5cm halia - hiris
5 biji buah tomato - didadukan
1 sudu besar tomato puree
5 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
3cm kulit kayu manis
1 camt pepper powder
1/2 cawan olive oil
1/2 cawan daun pudina & daun ketumbar - dicincang kasar
garam secukup rasa
bahan2 taburan atas nasi:
1/2 cawan roasted cashew nuts
1/2 cawan roasted sliced almonds
bawang goreng secukupnya
cara:
- panaskan olive oil di dalam periuk
- tumiskan kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga dan kacaukan selama 1-2 min
- jangan biarkan terlalu keperangan kerana rasanya akan menjadi pahit
- masukkan bawang besar, bawang putih, halia, buah tomato dan kacaukan sehingga sebati
- biarkan selama 5-10 min dan kacaukan sekali sekala
- masukkan ayam, tomato puree, garam, pepper dan kedua2 daun
- kacaukan sehingga sebati dan sehingga ayam 3/4 masak
- apabila kuah sudah hampir pekat keluarkan 3-4 sudu kuah untuk memasak nasi
- biarkan ayam masak lagi sehingga masak (boleh tambahkan air jika terlalu pekat)
- ayam boleh jugak dikeluarkan dan dibakar di dalam oven dan jangan dibuang kuahnya
- di dalam periuk yang lain masukkan air dan daun pandan
- biarkan sehingga hampir2 mendidih
- kemudian masukkan kuah yang telah dikeluarkan tadi dan garam secukup rasa
- biarkan sehingga mendidih dan barulah dimasukkan beras
- kacaukan rata dan bolehlah dialihkan ke dalam rice cooker
- masaklah nasi seperti menanak nasi biasa
- setelah masak bolehlah digembur2kan sekejap supaya sebati
- taburkan bahan2 taburan dan hidangkan dengan ayam tadi, dalca dan salad
source: puan asmah laili


1 comments:
tsvrt31gf35
golden goose outlet
golden goose outlet
golden goose outlet
golden goose outlet
golden goose outlet
golden goose outlet
golden goose outlet
golden goose outlet
supreme outlet
golden goose outlet
Post a Comment