250gm tepung superfine/tepung halus/tepung kek
75gm serbuk koko
1 camt soda bikarbonat
secubit garam
250gm mentega - pada suhu bilik
350gm gula aising
3 biji telur
1 cawan air panas
papercups secukupnya
cara:
- ayakkan tepung, serbuk koko, soda bikarbonat, garam dan ketepikan
- pukul mentega dan gula aising sehingga kembang
- masukkan telur satu persatu sambil dipukul lagi sehingga sebati
- kemudian masukkan tepung berselang-seli dengan air panas sebanyak 3 kali sambil dipukul atau dikaupbalikkan sehingga sebati
- tuangkan 3/4 penuh adunan ke dalam papercups dan kukus selama 15-20 min atau sehingga masak
- hidangkan
source: chef zubaidah