Pages

6 February 2009

Daging prunes

Bahan-bahan:
600gm daging - dipotong nipis
1/2 cawan buah prune - dibuangkan biji dan dimesin halus
5 sudu besar sos tomato
4 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar cili mesin
2 sudu besar rempah kari
1/2 cawan air
4 sudu besar minyak
garam dan gula secukupnya

Bahan2 kisar:
4 ulas bwang putih
10 ulas bawang merah
2 inci halia

cara:
  1. daging yang telah dibersih dan dihiris nipis tadi di gaulkan dengan sos tomato, rempah kari, cili mesin dan kicap pekat sehingga rata
  2. panaskan minyak dan tumiskan bahan2 kisar sehingga wangi dan naik minyak
  3. masukkan daging dan air. kacau rata
  4. biarkan daing masak sehingga lembut
  5. kemudian barulah dimasukkan buah prune, garam dan gula (jika sukakan masam2 manis bolehlah diimbangkan perasa gula)
  6. biarkan sehingga kuah pekat
  7. setelah masak bolehlah dihidangkan bersama2 dengan nasi putih atau nasi minyak dan beriani

source: k.hanieliza (ubah sikit)

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin