Pages

15 April 2009

Butter cheese cake

Bahan-bahan:
170gm mentega
125gm philadelphia cream cheese
250gm gula kastor
5 biji kuning telur
210gm tepung serbaguna/gandum
1 1/2 camt baking powder
2 camt esen vanila
5 biji telur putih
1/8 camt cream of tartar

cara:
  1. alaskan kertas kalis minyak tin empatsegi 20 atau 22cm dan griskan. ketepikan
  2. ayakkan tepung dan baking powder. ketepikan
  3. pukul mentega dan cream cheese sehingga kembang dan pucat warnanya
  4. masukkan sedikit demi sedikit gula dan pukul lagi sehingga habis
  5. bubuh sebiji demi sebiji kuning telur sambil dipukul lagi sehingga sebati
  6. perlahankan speed mixer dan masukkan pula tepung
  7. selepas itu masukkan esen vanila
  8. di dalam mangkuk adunan yang lain pukulkan putih telur hingga berbuih
  9. masukkan cream of tartar dan pukul lagi sehingga kental
  10. bubuh 1/3 adunan ke dalam adunan cream cheese dan kaupbalikkan adunan sehingga sebati
  11. ulangi sehingga habis
  12. ratakan adunan ke dalam tin dan bakar pada suhu 170C selama 1 jam atau sehingga masak
  13. keluarkan dan biarkan di atas redai selama 1omin sebelum dikeluarkan dari tin
  14. pastikan kek betul2 sejuk barulah dipotong dan dihidangkan

source: puan norzailina nordin

1 comments:

Anonymous said...

thanks for the recipe I have tried, it so good

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin