Pages

Showing posts with label Cream. Show all posts
Showing posts with label Cream. Show all posts

5 December 2008

Buttercream icing

Bahan-bahan (3 cawan):
1/2 cawan vegetable shortening
1/2 cawan (115gm) mentega atau marjerin
1 camt esen vanila
4 cawan (440gm) gula aising - diayak
2 camb susu segar

cara:
  • di dalam mangkuk adunan, pukul shortening dan mentega dengan electric mixer sehingga menjadi cream
  • masukkan esen vanila sambil dipukul lagi
  • kemudian masukkan gula aising yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit sambil dipukul dengan kelajuan sederhana sehingga sebati
  • masukkan susu sambil dipukul lagi sehingga gebu dan ringan
  • bolehlah disimpan di dalam bekas kedap udara dan simpan di dalam fridge supaya ianya boleh tahan selama 2 minggu
  • jika ingin digunakan sementara menunggu swiss roll siap bolehlah ditutupkan dengan tuala lembab

note: bolehlah dikurang gula aising jika tidak mahu terlalu manis

12 December 2007

Chocolate ganache

Bahan-bahan:
250gm cooking chocolate - chopped
1/3 cawan cream

cara:
  • satukan chocolate dan cream di dalam mangkuk dan masak secara kaedah double-boiler
  • kacau sehingga chocolate cair dan sebati. tutupkan api
  • setelah choc ganache berada pada suhu bilik bolehlah dikacau lagi sehingga pekat dan sapukan pada kek

31 October 2007

Butter cream

Bahan-bahan:
115gm gula aising
115gm mentega
115 gm shortening
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar susu segar

cara:
  • pukul mentega dan shortening
  • masukkan esen vanilla dan gula sedikit demi sedikit
  • bila dah ringan masukkan susu segar dan gaulkan sebati

source: zaliana

3 June 2007

Cream custard


Bahan-bahan (lebih kurang 300ml):
1 sudu besar tepung
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
200cc(1 cup) susu segar
1 biji telur (L size)
1 sudu besar mentega

cara:
  • masukkan bahan dari no1 - 3 ke dalam mangkuk
  • masukkan 1-2 sudu besar susu
  • kacau jangan ada yang berketul
  • masukkan telur dan kacau lagi
  • kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau
  • wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave
  • guna suhu yang tinggi
  • masak sehingga pekat
  • setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau
  • ulang sehingga pekat
  • bila dah siap, masukkan mentega
  • kacau sehingga sebati

note: kalau nak guna hanya kuning telur, gantikan sebiji telur dengan 2 biji telur kuning

source: honey, myr

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin