Pages

3 September 2010

Ayam fika

Bahan-Bahan:
2 ekor ayam - potong 10 atau ikut suka (boleh juga di gantikan dengan 1½ kilo daging lembu atau kambing - dihiris ikut suka hati)
1 cawan bawang besar - kisar
1 sudu makan halia - kisar
½ sudu makan bawang putih - kisar

bahan-bahan rempah disangai wangi dan kisar kering:
3 sudu makan rata ketumbar biji
2 sudu makan jintan kasar
2 sudu makan jintan halus

15 batang lada merah
1 sudu teh garam masala
4 biji tomato - potong 4
1 cawan daun pudina
1 cawan daun ketumbar
2 helai daun pandan - disimpul
1 cawan tairu (yogurt)
10 biji badam - di kisar
5 biji buah pelaga - dipecah-pecahkan
5 kuntum bunga cengkih
1 jari kayu manis
1 tin kecil tomato puree
2 batang lada merah - belah jangan putus
2 batang lada hijau - belah jangan putus
4 cawan air
½ cawan minyak sayur
garam dan gula secukup rasa

cara:

  • goreng lada merah dengan sedikit minyak selama 5 minit
  • kemudian kisar hingga halus
  • setelah itu campurkan dengan rempah yang dikisar kering serta garam masala
  • ketepikan
  • panaskan minyak dalam periuk dan tumis daun pandan hingga wangi
  • masukkan buah pelaga, kayu manis dan bunga cengkih sehingga wangi
  • kemudian masukkan bawang besar kisar dan biarkan sehingga layu dan kekuningan
  • masukkan pula halia dan bawang putih kisar
  • masak lagi hingga wangi
  • setelah itu masukkan pula rempah cili dan tumiskan selama 10 minit
  • pastikan dikacau sekali sekala supaya tidak hangus
  • biarkan sehingga rempahnya garing barulah dimasukkan daun pudina, daun ketumbar, garam dan gula secukup rasa
  • masak lagi sehingga naik baunya
  • masukkan ayam dan gaul rata supaya ayam dan rempah betul-betul sebati
  • tuangkan secawan air dan masak lagi selama 5 minit
  • gaulkan rata
  • jika terlalu pekat tambah lagi airnya
  • masukkan badam kisar, tairu dan tomato puree
  • biarkan sehingga ayamnya empuk dan kuahnya pekat
  • masukkan tomato, lada hijau dan lada merah
  • kacau rata
  • setelah ayamnya empuk, kecilkan api dan biarkan minyaknya naik
  • padamkan api
  • perlahan-lahan senduk minyaknya dan buang
  • semasa menghidang taburkan sedikit hirisan daun ketumbar
  • enak di makan dengan sebarang jenis roti atau nasi

source: puan asmah laili

2 September 2010

Kari ikan gaya goa

Bahan-bahan (4-6 orang):
600gm ikan tenggiri - dipotong kepingan
2 labu bawang besar - dicincang/kisar
3 ulas bawang putih - dicincang/kisar
1 inci halia - dicincang/kisar
3 biji buah tomato - dipotong baji
3 biji cili hijau - dibuang biji
2 sudu besar biji sawi
4 sudu besar cili kisar
500ml (2 cawan) pati santan - diperah daripada 2 biji kelapa
125ml (1/2 cawan) air asam jawa
garam secukup rasa
250ml (1 cawan) minyak masak

Bahan-bahan serbuk rempah:
3 sudu besar serbuk ketumbar
3 sudu teh serbuk jintan putih
2 sudu teh serbuk kunyit

cara:

  • kisarkan buah tomato, cili hijau dan bahan-bahan serbuk rempah sehingga halus
  • ketepikan
  • panaskan minyak di dalam periuk
  • tumiskan bawang besar, bawang putih, halia dan biji sawi sehingga wangi
  • masukkan pula bahan kisar, cili kisar dan pati santan
  • kacau sehingga sebati
  • kemudian didihkan dan renihkan selama 2 minit
  • cairkan kuah dengan sedikit air jika terlalu pekat
  • tambahkan air asam jawa dan ikan
  • kacau dan renihkan selama 15 min atau sehingga ikan masak
  • perasakan secukupnya dengan garam
  • setelah siap bolehlah dipadamkan api
  • sedia untuk dihidangkan

source: chef wan

1 September 2010

Ayam kicap pak said

Bahan-bahan:
Bahan-bahan A:

1 ekor ayam, beratnya 1.5 kg - potong 10 atau kecil ikut citarasa masing-masing
200ml kicap manis
2 sudu makan cuka
2-3 cawan air
minyak untuk menggoreng dan menumis

Bahan-bahan B:
3 biji bawang besar - dihiris bulat
5 biji bawang putih - dihiris
2 jari halia - dihiris panjang-panjang seperti batang mancis

Bahan-bahan C (ditumbuk halus):
1 biji buah pala
1 sudu makan lada hitam biji
1 jari kayu manis
15 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
10 biji buah pelaga

cara:

  • lumur ayam dengan sedikit garam
  • panaskan minyak dan gorengkan ayam tetapi jangan terlalu garing
  • angkat dan ketepikan
  • dengan mengunakan sedikit minyak bekas menggoreng ayam, tumis semua bahan-bahan B sehingga bawangnya layu
  • masukkan pula bahan-bahan C dan tumis lagi sehingga naik aromanya
  • selepas itu masukkan kicap, air dan cuka (jika perlu bolehlah ditambahkan sedikit garam)
  • gaulkan rata
  • setelah mendidih barulah dimasukkan ayam goreng tadi
  • balik-balikkan dan masak sehingga pekat sedikit kuahnya dan rempahnya meresap ke ayam
  • angkat dan sedia untuk dihidangkan dengan nasi putih

source: puan asmah laili

30 August 2010

Biskut pandan classic

Bahan-bahan:
1 1/2 cawan (340gm) butter
1 cawan (110gm) gula icing
2 biji kuning telur
1 camb esen vanilla
3 cawan tepung jagung
1 cawan (110gm) tepung gandum
sedikit garam halus
1 camt pes pandan
1 camt pewarna hijau epal
2 biji kuning telur untuk sapuan – tambahkan jika tidak cukup
cocoa crunch secukupnya untuk hiasan - boleh digantikan dengan cashew nuts atau almond

cara:

  • ayakkan kedua2 tepung dan ketepikan
  • pukul gula icing dan butter sehingga kembang dan ringan
  • masukkan kuning telur, esen vanila, pes pandan, pewarna hijau dan pukul lagi sehingga rata
  • perlahankan speed mixer
  • masukkan tepung dan pukulkan sebati sehingga menjadi doh yang lembut
  • canaikan dan terap mengikut citarasa sendiri (ketebalan biskut ikut citarasa sendiri)
  • sapukan kuning telur dan letakkan 1 biji cocoa crunch di tengah2
  • bakar pada suhu 180C selama 15 min atau sehingga masak
  • biarkan sejuk barulah disimpan di dalam bekas kedap udara
  • bakar pada suhu 180C selama 15 min atau sehingga masak

source: zubaidah orix

29 August 2010

Tepung goreng pisang

Bahan-bahan:
10 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung ubi kayu
1/2-1 sudu besar gula pasir
1 biji telur
1/2 sudu kapur makan di campur dengan air - tapiskan (agak2 penggunaan air)
Garam secukup rasa

cara:

  • gaulkan semua bahan sehingga sebati
  • pastikan adunan jangan terlalu cair atau pekat
  • celupkan pisang yang telah dipotong serong ke dalam adunan
  • panaskan minyak yang banyak
  • kemudian gorengkan pisang sehingga garing dan keperangan
  • angkat dan toskan minyaknya
  • sedia untuk dihidangkan

source: norazie

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin