Pages

6 February 2009

Bagels


Bahan-bahan (6 biji):
260gm tepung roti
1 camt instant yeast
1 camt garam
2 camb olive oil
160ml air

cara:
  1. masukkan kesemua bahan ke dalam breadmaker dan tekankan setting dough
  2. tunggu sehingga siap dalam 1 1/2 jam
  3. jika tiada BM bolehlah dicampurkan bahan2 kering ke dalam mangkuk adunan. kacaukan rata
  4. buatkan lubang di tengah dan masukkan air dan minyak. gaulkan sehingga sebati
  5. uli adunan sehingga menjadi bentuk doh dan tidak melekat ditangan
  6. kemudian bentukkan doh menjadi bulat besar dan letakkan semula ke dalam mangkuk adunan tadi
  7. tutupkan dengan cling film atau kain dan biarkan doh naik dua kali ganda selama 45 min atau 1 jam
  8. nie utk kedua2 kaedah (BM dan uli tangan) - keluarkan doh dan letakkan di atas papan pencanai
  9. tumbuk2kan doh untuk mengeluarkan angin
  10. kemudian bentukkan semula menjadi bulat besar dan rehatkan selama 10 min
  11. setelah itu bahagikan doh kepada 6 bahagian dengan setiap satu seberat 75gm dan bentukkan menjadi bulat
  12. ambil satu doh tadi dan buatkan lubang di tengah
  13. lalukan dengan rolling pin (buat macam dalam gambar di atas) dan lakukan sehingga habis (buatkan lubang sebesar yang mungkin kerana apabila doh telah naik dua kali ganda lubang tadi akan menjadi kecil)
  14. letakkan doh tadi di atas baking tray yang telah lapikkan dengan kertas minyak dan biarkan doh naik dua kali ganda lebih kurang 20-30 min
  15. panaskan air di dalam mangkuk tahan panas dan masukkan bagels tadi dengan setiap permukaan dimasak selama 30 min
  16. angkat dan toskan. letakkan semula di dalam baking tray
  17. bakar pada suhu 200C selama 10-15 min atau sehingga masak dan keperangan

note: kalau sukakan bagels yang bertopping, sebelum dibakar sapukan dengan telur yang dicampurkan dengan sedikit susu segar dan taburkan topping yg disukai seperti poppy seeds atau sesame seeds

source: HHB (diubah sedikit)

1 comments:

Anonymous said...

Cantik bagel you. Molek je rupa macam beli kedai.

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin