Pages

23 September 2009

Roti naik

Bahan-bahan (9biji):
350gm tepung roti
25gm lelemak sayuran (vegetable fat/shortening)
100gm air suam
100gm susu cair
50gm gula kastor
1/2 camt garam
2 camt yis
1 biji telur

sedikit olive oil - untuk sapuan

cara:
  • masukkan semua bahan ke dalam BM dan tekankan untuk setting dough
  • tunggu sehingga siap lebih kurang 1 1/2 jam bergantung pada jenis BM masing2
  • keluarkan doh dan letakkan di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
  • tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin
  • kemudian bentukkan doh menjadi bulat yang besar dan rehatkan selama 10 min
  • bahagikan doh kepada 9 bahagian dengan setiap satu seberat 60gm (kalau nak lebih boleh timbang seberat 50gm atau 55gm setiap satu)
  • bentukkan setiap bahagian menjadi bulat dan susunkan ke dalam loyang yang telah digriskan terlebih dahulu
  • biarkan doh naik sekali lagi lebih kurang 45 min ke 1 jam
  • kalau berada pada negara 4 musim bolehlah diletakkan loyang tadi ke dalam oven tanpa perlu 'ON' kan
  • apitkan kiri/kanan atau atas/bawah loyang tadi dengan 2 cawan air panas untuk mempercepatkan proses penaikan doh
  • selepas itu bolehlah dibakar pada suhu 180C selama 20-30 min atau sehingga masak dan keperangan
  • keluarkan dari oven dan sapukan dengan olive oil supaya permukaan roti sentiasa kekal lembut

source: majalah saji/mamafami

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin